Tun
Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Umno kini tidak lagi merupakan parti
politik untuk seluruh rakyat Malaysia, tetapi sudah menjadi "parti
Najib" (Datuk Seri Najib Razak), kerana mengabaikan prinsip
perjuangannya.
Bekas
perdana menteri itu berkata, tidak menghairankan jika Timbalan Presiden
Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkir daripada jawatannya kerana
parti tersebut kini menjadi hak milik Najib sepenuhnya.
"Ia bukan lagi Umno, beliau (Muhyiddin) tidak akan disingkir dari Umno, tapi daripada parti Najib.
"Ia
sama sekali berbeza dengan prinsiprinsip yang Umno perjuangkan selama
ini," kata Dr Mahathir ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Ehime
Fair di KLCC hari ini.
Malah,
Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting sekarang adalah "survival"
(kelangsungan hidup) Najib sendiri, sambil berkata walaupun perdana
menteri didakwa melakukan jenayah, beliau tetap akan dilindungi.
"Dia (Najib) tidak lagi mengikut perjuangan parti. Dia fikir tentang dirinya sendiri.
"Menjadi perdana menteri dan buat semua perkara, dan jika ia jenayah sekalipun, beliau masih dilindungi," katanya.
Najib
ketika ini berdepan dakwaan salah laku dan kontroversi membabitkan
syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6
bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan yang dibuat terhadap dirinya. – 26 Februari, 2016.
-
See more at:
http://www.themalaysianoutsider.com/bahasa/article/umno-sudah-jadi-parti-najib-tiada-prinsip-kata-dr-mahathir#sthash.1mY7Gjuf.dpuf
No comments:
Post a Comment