UtusanDaily

Tuesday, 11 August 2015

Sedarlah wahai NAJIB, sesungguhnya penolakan ANDA berada dimana-mana..!!!



Shahbudin Husin, 

http://1.bp.blogspot.com/-fpLeyPVCg6U/VQgZR6KP1yI/AAAAAAABXO8/p5MgYfc_jRY/s1600/RARA%2B%2B2med.jpg
Perdana Menteri Najib Razak seharusnya lebih sedar diri ketika ini. Hakikat bahawa beliau semakin ditolak dan tidak dikehendaki lagi memimpin negara ini sudah boleh dilihat di mana-mana.

Jika selama ini penolakan itu lebih banyak tersimpan dalam hati atau lebih kerap diluahkan di kedai-kedai kopi atau dalam kata-kata melalui hujung jari, tetapi kini ia tidak lagi dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

Sudah ada yang berani meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan UMNO sendiri. Di Langkawi, seorang perwakilan bernama Anina Saaduddin menyifatkan Najib selama ini telah "kencing" tiga juta ahli UMNO  serta menyarankan MT UMNO membawanya segera berubat.

Di Pasir Gudang, seorang Ketua Wanita UMNO cawangan yang juga AJK Bahagian, Norwati Abdul Manaf telah menyerahkan sendiri memorandum 12 perkara kepada Najib ketika beliau hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pasir Gudang, Ahad lalu.

Memorandum yang didakwa mewakili 107 cawangan itu antaranya meminta Najib berehat daripada jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan yang dibuat sebelum ini.

Pergerakan Pemuda UMNO Labis juag mahukan Najib berehat buat sementara sehingga siasatan mengenai 1MDB diselesaikan.

Selain itu, pelbagai cara lagi dilakukan unfuk meluahkan perasaan bagi menunjukkan penolakan itu. Ada yang membuat kain rentang, pelekat kereta, tulisan di baju dan macam-macam lagi. 

Di media sosial atau percakapan hari-hari, barangkali tidak sah jika tidak menyebut perlunya Najib segera berundur sama ada bagi menyelamatkan UMNO atau pun negara.

Di bawah ini antara tanda-tanda penolakan yang dapat dikumpulkan oleh blog ini untuk tatapan kita bersama. Selepas ini pasti lebih banyak lagi penolakan yang sama yang muncul di depan mata kita. Tidak mustahil juga lebih ramai pemimpin UMNO sendiri meluahkannya dalam mesyuarat perwakilan yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Melalui benih penolakan yang mulai merata di mana-mana ketika ini, bukan saja dakwaan Najib bahawa tiga juta ahli UMNO tetap menyokongnya boleh dipersoalkan, malah yang lebih perlukan jawapan ialah berapa lamakah lagi beliau mampu bertahan?

Ada sesiapa yang boleh berikan jawapan? (SH 11/08/2015)


Dahsyat wanita UMNO Langkawi ni...


Wanita UMNO Johor yang juga tidak kurang dahsyatnya...


Pemuda UMNO pun bersuara sama...


Luahan perasaan yang sebenarnya sedang dikongsi majoriti rakyat....


Di sini pun jadi untuk menyampaikan mesej...


Seorang pemuda sedang menyiapkan kain rentang...


Cara ini lagi gempak....


Mesej yang jelas, terang lagi nyata.....


Di perhentian bas pun ada...


Luahan hati orang Johor berikutan pemecatan Muhyiddin...


Salute bro....


Relakslah Mykmu, lawanlah dengan hujah...

Seorang lagi pemilik kereta yang berani, tabiklah....

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive