UtusanDaily

Tuesday 25 August 2015

Pasukan khas diberi nama baharu, 1MDB tidak disiasat, kata peguam negara

Jabatan Peguam Negara berkata, National Revenue Recovery Enforcement Team (NRRET) yang diumumkan baru-baru ini merupakan nama baru kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan sejak tahun 2011. Bagaimanapun, ia tidak akan menyiasat syarikat sarat hutang 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2015.
Putrajaya memberi nama baru kepada sebuah pasukan petugas khasnya yang menyiasat jenayah berkaitan wang, tetapi ia tidak akan menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan entiti berkaitannya, kata Jabatan Peguam Negara hari ini.

Katanya, Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) yang diumumkan baru-baru ini bukan satu pasukan petugas khas yang baru ditubuhkan.

"NRRET adalah merupakan nama baru kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan sejak 2011 untuk membantu kerajaan menangani beberapa isu," kata jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

"NRRET tidak pernah terlibat dengan mana-mana siasatan yang melibatkan 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan," katanya.

Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan, peguam negara baharu Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai NRRET yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun tidak bersama pasukan itu.

Ia menyebabkan Transparency International Malaysia (TI-M) mengeluarkan kenyataan mengatakan tanpa penyertaan SPRM, pasukan petugas khas itu hilang taring dalam menyiasat 1MDB.

Hari ini, peguam pula berkata, Apandi tidak ada urusan mengetuai NRRET kerana peguam negara, yang juga pendakwa raya yang menyelia pendakwaan jenayah, tidak sepatutnya menjadi sebahagian pasukan siasatan.

Dalam kenyataannya hari ini, Jabatan Peguam Negara berkata, NRRET berperanan membantu kerajaan dalam menangani isu berkaitan pelarian cukai individu dan korporat dan duti, aktiviti penyeludupan, penyalahgunaan barangan bersubsidi, pengaliran wang keluar secara haram dan rasuah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku.

Ia terdiri daripada 7 agensi penguatkuasa, PDRM, SPRM, BNM, LHDN, kastam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Peranan utama NRRET adalah untuk menyelaras dan mengkordinasikan tindakan penguatkuasaan bersepadu pelbagai agensi dalam menangani isu-isu berkaitan di atas," katanya.

Sebelum ini, pasukan petugas khas menyiasat 1MDB dan isu berkaitan, yang turut disertai SPRM, dibubarkan tidak lama selepas Apandi mengambil alih jawatan peguam negara daripada Tan Sri Abdul Gani Patail bulan lalu. – 25 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasukan-petugas-khas-diberi-nama-baru-tetapi-tidak-siasat-1mdb-kata-peguam#sthash.KzhOcpWO.dpuf

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive