Salam para sahabat. Sila ambil perhatian tentang adanya satu kumpulan
perompak pengguna lebuhraya PLUS sedang berleluasa di kawasan sekitar KM
102, di antara Tmn Ria Jaya, pasar Singgah Selalu sebelah Timur dan Tmn
Ria Indah sebelah Barat. Modus operandi mereka ialah meletakkan batu2
dari sungai sebesar buah kelapa dan berwarna gelap pada waktu tengah
malam. Bila kita langgar batu tersebut dan terpaksa berhenti kumpulan
perompak ini akan menyerang hendap dan merompak.
Saya terlanggar batu tersebut pada pukul 1.10 pagi 14 Mei lepas, dari
arah tol tmn Sejati ke tol SP(U). Alhamdulillah kereta saya boleh terus
dipandu, dgn keadaan minyak selinder habis bocor sebab bhg bawah enjin
pecah, sampai enjin mati selepas tol SPU.
Berikut gambar kereta saya dan mangsa lain..
Malam tadi Cikgu Izady tel saya menceritakan beliau mengalami kemalangan
yg serupa pada pukul 5 pagi 1 km sebelum sampai tol Bertam dari arah
utara. Jadi rupa2nya penjenayah / pengkhianat anak haram jadah ini,
seorang atau berkumpulan, adalah mobile dan memasang perangkap di
lokasi2 pilihan. Maknanya operasi puak2 tak berhati perut ini boleh
dibuat di mana2 sahaja lokasi yg strategik di lebuhraya.
Mereka akan pilih lokasi yg hampir dgn tol sebelum sampai tol supaya
senang mereka melarikan diri keluar dari lebuhraya selepas dapat hasil.
Anak haram sungguh depa ni. Saya harap pihak PLUS dpt mengesan barua2
ini dari rakaman kamera di palang2 tol akan kereta2 syak yang lewat
selepas waktu kejadian.
Selepas cikgu Izady tel tu baru saya teringat, dlm kejadian yg menimpa
saya pada awal pagi 14 Mei itu, sebaik shj saya terlanggar batu
tersebut, dlm saya panik mengawal kereta dari terbabas, saya ternampak
seorang lelaki berdiri di belakang sebuah kereta di tepi lebuhraya
sebelah kiri. Skg baru saya terfikir apa kejadahnya anak haram jadah tu
dok tunggu di tepi highway pada waktu2 larut mlm awal pagu mcm tu?
Dalam kes saya, Alhamdulillah.. Allah membolehkan kereta saya itu, walau
pun minyak enjin dah habis terkeluar melalui pecahan enjin yg besar di
bhg bawah, masih hidup enjinnya, walau pun saya terasa enjinnya semakin
nak mati, dan saya masih boleh terus memandunya sehingga sempat melewati
palang tol lorong SmartTag Sg. Petani Utara tepat pada jam 01.11:35
(dari rakam kamera PLUS), dan sempat saya membelok ketepi jalan dimana
selepas itu baru enjin mati. Habislah hancur bahagian2 dlm enjin yg
bergerak kerana enjin terus hidup sejauh 3 km dlm keadaan tidak ada
minyak enjin.
Saya difahamkan oleh sahabat yg berkerja dgn PLUS, pada malam yg sama terdapat 8 lagi kes serupa yg dilaporkan kpd PLUS.
Saya harap para sahabat berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya pada
waktu dinihari yg sebegitu. Pada ketika seperti itu, jln lengang, speed
trap pun kita rasa mungkin tak ada, apa lagi, kira nak laju sajalah
kita. Tak terlintas langsung ada anak-anak haram jadah sedang menunggu
memasang perangkap dgn meletakkan ketulan2 batu sungai yg besar yg gelap
warna pada laluan sebelah kanan, iaitu laluan laju.
Menurut sahabat saya yg kerja kat PLUS tu gambar2 batu tersebut ada pada PLUS.
Mungkin anak2 haram jadah tu tunggu nak rompak atau tunggu nak panggil tow truck.
Diharapkan para sahabat berhati2. Juga diharapkan pihak PLUS dan Polis
dpt memberkas penjenayah / pengkhianat anak haram jadah yg seorang atau
bergerak secara berkumpulan itu dgn segera.
Harap sahabat2 dpt panjangkan amaran ini kpd kawan2 semua..
sumber
No comments:
Post a Comment