UtusanDaily

Thursday 25 September 2014

Suasana di UNISEL apabila Azhar Idrus datang untuk mendaftarkan anak lelakinya



KEPERCAYAAN USTAZ AZHAR IDRUS KEBANGGAAN UNIVERSITI

Proses pendaftaran pelajar baru pengajian tahun asas hari ini dikejutkan dengan kehadiran Penceramah bebas terkenal tanahair, Ustaz Azhar Idrus yang berada di Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Shah Alam.

Kehadiran beliau itu menjadi tumpuan para pelajar yang rata-rata mengambil kesempatan untuk berjumpa serta bergambar. Beliau berada di UNISEL bertujuan untuk mendaftarkan anak lelakinya mengikuti program tahun asas perakaunan.

Azhar berkata, beliau memilih UNISEL sebagai tempat pengajian anaknya kerana yakin dengan reputasi universiti ini. Baginya, UNISEL di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dilihat sebagai medan terbaik untuk anaknya menuntut ilmu.

Beliau ternyata tidak ragu-ragu membuat keputusan membenarkan anaknya melanjutkan pelajaran di UNISEL kerana menaruh kepercayaan tinggi terhadap mutu pembelajaran serta pengajaran disediakan.

“Senarai program yang ada di UNISEL sememangnya bagus lagipun kita perlu menyokong kerajaan negeri. UNISEL bukan sekadar institut pengajian tinggi swasta yang biasa tetapi sebuah universiti yang besar daripada segi kemudahan fasiliti & sebagainya,” katanya ketika ditemui.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive