Suami gemar menghisap buah dada isteri? Adakah suami menjadi mahram kerana menjadi anak susuan isteri jika terminum susunya?
Ikuti soalan dan jawapannya. Penting kerana ini membantu dalam hubungan intim anda dilakukan tanpa keraguan!
Soalan:
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks.
Ini kerana
suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga
menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan
berusia 10 bulan.
Jawapan:
Persetubuhan
antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan
yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan
persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya
bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui
perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan
seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan
keinginan ini.
Mereka yang
hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya
berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang
terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam
kehidupan seharian.
Dalam hal
ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan
nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk
mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan
suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana
jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun
tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang
kamu sukai dan sediakanlah ( amal-amal yang baik ) untuk diri kamu dan
bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan
menemui-Nya ( pada hari akhirat kelak ). Dan berilah khabar gembira (
wahai Muhammad ) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam
ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu
dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah
kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy
menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan”
manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia
boleh tumbuh”.
Allah
memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai
dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya
memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun
begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti
dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur
isteri dan lain-lain.
Mengenai
persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja
atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak,
tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak
menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana
mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu
itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara
yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun
dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan
kerana syarat menjadi anak susuan ialah lelaki yang berumur kurang 2
tahun menghisap susu sehingga 5 kali kenyang.Suami anda umur berapa?
Sumber: My Islam Blog
No comments:
Post a Comment