ABD GHANI HARON
2 November 2014
DUIT UPAH MENGASUH CUCU
Saya berbual dihalaman rumah seseorang penduduk kg ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin anak saya. Tiba-tiba anak lelakinya yg datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kpd emaknya dan berkata,"Mak,ni duit upah mengasuh bulan ni."Dia berlalu sambil senyum pada saya. Ibunya berkata pada saya,"Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja. Sayalah kena mengasuh."
Saya terasa seperti nak menegur waktu itu juga, tetapi rasa tak sesuai. Seorang anak mengupah emak mengasuh anaknya adalah sesuatu yg teruk, tetapi banyak orang yg tidak terasa. Bukankah keadaan ini ibarat ibu sendiri menjadi pekerja kpd anak,ibu melahirkan tuannya.
Teringat saya satu hadis yg panjang tapi saya petik sebahagian
Daripada Umar bin al-Khattab r.a., ………… Jibrail bertanya kepada Rasulullah ., "Maka khabarkan kepada ku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya”. Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepada ku tanda-tandanya", maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa perempuan akan melahirkan tuannya .... (Riwayat Muslim)
Berapa ramai kini kita yg menjadikan ibubapa sebagai pekerja dg berselindung disebalik ibubapa suka cucu, ada yg kata susah dapat pengasuh yg dipercayai,ada yg kata emak bapa pandai mengasuh, emak bapa tak kerja apa. Hakikatnya kerana isteri nak kerja,nak tambah pendapatan.Sedangkan tanggungjawab mengasuh,mendidik dan membesarkan anak terletak kpd isteri dan isteri tidak dituntut utk bekerja hingga mengabai tanggungjawab kpd anak.Bila ditinggal anak kpd ibubapa,berlaku dua pengabaian iaitu pengabaian tanggungjawab kpd anak dan pengabaian tanggungjawab kpd ibubapa yg sepatutnya direhatkan setelah seumur hidup membela anak hingga berjaya.Jika ibu kita boleh memelihara kita dg tidak membuat kerja lain,menjadi surirumah sepenuh masa,dan ia berjaya menunai tanggungjawabnya,kenapa kita kena berbimbang takut tak cukup hidup jika tak bekerja.
Bila kes penderaan oleh pengasuh makin meningkat kini dan mewujud kebimbangan utk meninggalkan anak di rumah pengasuh,jangan ada yg berpatah balik menjadikan ibubapa sbg pengasuh,tetapi pertimbangkanlah utk mengorbankan jawatan demi anak.Rezeki ditangan tuhan,jika niat kita baik demi anak yg diamanahkan,tetaplah kita perolehi apa yg ditentukan tuhan.Ingatlah,tuhan memberi kpd kita anak sebagai amanah,dan bukan amanah itu diberi kpd ibubapa kita atau orang lain.Kita yg akan ditanya dihadapan tuhan,bukan ibubapa atau pengasuh anak kita.Bagaimana akhlak anak kita nanti,kita yg akan menanggungnya.
Rehatkanlah ibubapa kita.Berilah ruang utk mereka mempersiap diri dipenghujung usia,meskipun mereka menawar diri kerana sifat kasih sayang mereka.Jika kasih kpd ibu,lapangkan hidupnya, ringankan bebannya,
Share@copy dg berhemah.
SUMBER : KLIK SINI
Ini pula jawapan USTAZ KAZIM di UTUSAN MALAYSIA :
Hukum nenek jaga cucu
Ustaz, saya ingin bertanya hukum ibu kandung saya menjaga dua anak saya semasa saya keluar bekerja. Ini kerana saya ada terbaca di sebuah laman sosial hukumnya haram jika kita membiarkan ibu kandung kita menjaga anak kita.
Walau apa pun alasannya termasuk kekangan kewangan kerana ia seperti ibu kandung kita melahirkan ‘tuan’. Saya ada memberi duit kepada ibu sebagai balasan untuk menjaga anak-anak saya.
Maziah, Klang, Selangor
UKE: Puan Maziah, laman sosial mana yang mengatakan haram itu? Jika kita salah memilih laman sosial, dibimbangi salahlah pula maklumat di dalamnya. Sebaik-baiknya kita hendaklah berguru dan berkitab. Boleh ada soal jawab di dalamnya. Berkenaan memberikan wang kepada ibu kandung yang menjaga anak puan Maziah, adalah harus jika si ibu itu sukarela mengasuh anak puan dan tidaklah boleh dianggap seperti ibu kandung melahirkan ‘tuan’.
Yang paling afdal biarlah ibu bapa kandung berehat di usia tua dengan melakukan amal ibadat yang bersesuaian dengan mereka. Mereka telah bersusah-payah menjaga kita dari kecil dan sekarang mereka telah tua maka berilah mereka berehat dan peluang untuk beribadat. Tetapi, pada dasarnya, tidaklah menjadi kesalahan memberi wang kepada ibu bapa yang menjaga cucu-cucunya dan penjagaan itu pula berlaku secara sukarela daripada pihak ibu bapa itu sendiri.
- See more at: http://www.utusan.com.my

No comments:
Post a Comment