Gambar Hiasan
PENYAKIT alahan semakin meningkat selama lebih dari 50
tahun di seluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis masalah alahan
antaranya dermatitis atopik atau ekzema atopik, rinitis alergi, resdung,
urtikaria dan asma.
Di Malaysia, lebih separuh daripada pesakit alahan hidung (52% dewasa
dan 61% kanak-kanak) menyatakan bahawa punca biasa kepada alahan ialah
hama daripada habuk rumah dan pencemaran.
Satu lagi kajian oleh penyelidik di HUKM menggunakan ujian cucuk kulit
(Skin prick test) menunjukkan, alergen makanan yang paling umum mengikut
urutan kekerapan ialah udang, ketam, gandum, sotong, kerang, ayam,
beras, soya, susu dan telur.
Alahan biasanya diwarisi. Namun 23% daripada mereka yang tiada sejarah
keluarga yang menghidap alahan turut berisiko untuk menghidap alahan.
Alahan rinitis beban sedunia
Alahan rinitis (AR) adalah sejenis masalah alahan yang paling biasa
ditemui. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 10%
-30% daripada individu di seluruh dunia, atau lebih kurang 400 juta
orang menghidap AR.
AR menjejaskan ramai individu dari pelbagai negara tanpa mengira kumpulan etnik dan peringkat umur.
Ia adalah masalah keradangan hidung yang melibatkan tiga simptom utama iaitu bersin, nasal yang tersumbat dan berhingus.
AR bukan sahaja menyebabkan peningkatan morbiditi malah turut menjejaskan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka.
Individu yang mempunyai AR biasanya akan mengalami gangguan nasal yang kronik.
Hidung akan mudah tersumbat dan mengalami inflamasi apabila terdedah kepada alergen. Ini seterusnya akan menyebabkan resdung.
Rinosinusitis atau resdung akan menyebabkan keradangan pada sinus (kaviti dalam rongga hidung).
Individu yang mengalami resdung juga mempunyai simptom seperti
kesumbatan pada bahagian muka, sakit kepala dan sakit telinga. Pesakit
juga mengalami gangguan tidur menyebabkan mereka akan berusaha untuk
melawan perasaan mengantuk pada waktu siang.
Kanak-kanak yang menghidap resdung adalah individu paling terjejas. Ini
kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk belajar akibat simptom
alahan selain fungsi kognitif yang juga terjejas akibat penggunaan
antihistamin.
Kanak-kanak dengan rinitis juga lebih cenderung untuk bernafas melalui
mulut mereka. Ini boleh menjejaskan perkembangan muka dan gigi yang
normal.
Dalam kes-kes alahan nasal kronik yang lebih serius, polip hidung
mungkin boleh terjadi. Polip hidung adalah pertumbuhan tisu abnormal di
dalam rongga hidung dan sinus.
Ia terjadi akibat keradangan (kemerahan dan bengkak) yang disebabkan oleh alahan.
Kaitan dengan asma
AR sering dipandang ringan kerana ia tidak menyebabkan kematian.
Namun, penyelidikan perubatan terkini menunjukkan pesakit dengan AR
berisiko tinggi untuk menghidap asma. Kaitan yang rapat wujud antara
rinitis alergi dan asma di mana kedua-duanya dipercayai mempunyai
manifestasi penyakit yang sama.
Alahan rinitis sering dialami terlebih dahulu sebelum seseorang
individu itu mengidap asma. Mengikut kajian, 1 daripada 3 orang dengan
alahan rinitis akan menghidap asma.
Asma diketahui merupakan salah satu penyakit yang paling menjejaskan kesihatan dan mahal untuk dirawat.
Asma biasanya kekal dan sukar untuk dirawat. Oleh itu, rawatan awal AR
memberikan peluang kepada pesakit untuk mengurangkan kekerapan dan
keterukan penyakit ini.
Penyelidikan terapi semula jadi
Asas tindak balas alahan timbul dari sistem imunisasi yang terlalu sensitif.
Dalam keadaan yang terlalu sensitif ini, sistem imunisasi akan
bertindak balas apabila terdedah kepada alergen dalam udara atau makanan
yang sepatutnya tidak berbahaya.
Dalam konteks biokimia, histamin dilepaskan dan menyebabkan simptom alahan di mana antihistamin akan digunakan.
Kami ingin berkongsi dengan profesional perubatan tentang Lectranal®,
ekstrak semula jadi herba Astragalus membranaceus yang berpaten.
Ia didapati mempunyai kesan imun-modulasi untuk mengawal masalah
alahan. (Penyelidikan Dr Pecanic telah diterbitkan dalam Fitoterapi
Penyelidikan pada tahun 2010).
Berdasarkan kajian yang kami jalankan, rawatan Lectranal® telah
memperbaiki keadaan pesakit alahan rinitis sehingga lebih dari 70%,
seperti mana yang dinilai oleh pakar perubatan dan pesakit sendiri
selepas menjalani rawatan selama 6 minggu.
Kami seterusnya melakukan kajian gen dan mendapati, Lectranal® menunjukkan kesan pengawalan sistem imunisasi.
Ia mengawal ketidakseimbangan sistem imunisasi yang menyebabkan simptom alahan tercetus.
Dalam kata lain, Lectranal® membantu "mengajar” sistem imunisasi kita
supaya tidak terlebih bertindak balas, sebaliknya berkelakuan seperti
biasa.
Lectranal® merupakan ekstrak astragalus yang dipatenkan serta ditambah
dengan pembawa mineral kalsium khas yang membantu meningkatkan
penyerapannya.
Ia telah memenangi anugerah poster rinitis terbaik pada Kongres ke-27
European Academy of Allergology and Clinical Immunology di Barcelona
pada tahun 2008.
Lectranal® merupakan satu pendekatan semula jadi yang berkesan dalam
mengawal keadaan alahan seperti rinitis alergi, resdung, urtikaria dan
konjunktivitis.
Tindakan Lectranal™ adalah berbeza dengan antihistamin kerana ia dapat
membantu mencegah cetusan simptom alahan dengan mengganggu penyebab asal
penyakit tersebut.
No comments:
Post a Comment