UtusanDaily

Thursday, 17 April 2014

Wajib bertudung : Hang Setuju Ka Tak Setuju RAJA AZMI oi, itu dah perintah ALLAH

Saya tak setuju wanita tak bertudung dihukum masuk neraka - Raja Azmi

Saya tak setuju wanita tak bertudung dihukum masuk neraka - Raja Azmi

KUALA LUMPUR: Produser Raja Azmi berkata isu bertudung yang dijawabnya kepada media elektronik baru-baru ini hanyalah pandangan sebagai seorang Islam dan minta tidak perlu diperbesarkan.

“Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya yang tidak bersetuju wanita tak bertudung akan masuk neraka?

“Sebenarnya saya bercakap sebagai seorang Islam yang punya pandangan tersendiri. Tak semestinya wanita yang bertudung itu sah akan masuk syurga tanpa dihisab dengan amalan yang lain.

“Adakah berdosa besar saya yang baru pulang dari Umrah ini tidak bertudung? Menutup aurat bukan di kepala sahaja.

“Saya tidak mahu tudung itu digunakan untuk menutup segala kesalahan yang lain tanpa menitik beratkan amalan yang lain,” katanya kepada murai.com.my

Raja Azmi diminta mengulas mengenai kelantangannya di dalam media elektronik baru-baru ini apabila dia bercakap mengenai hukum agama yang dianggap tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Produser Filem ...Dalam Botol itu juga dilaporkan seolah-olah telah mendedahkan pekungnya sendiri apabila dikatakan bercerita mengenai ibadat solatnya yang masih lagi tidak dapat dipenuhinya itu.

Raja Azmi berkata buat masa ini dia belum bersedia lagi hendak bertudung dan kini sedang berusaha melengkapkan amalan-amalan agama yang lain.

“Kak Mi akan pakai (tudung) bila-bila Kak Mi nak pakai seperti pergi majlis keagamaan. Tapi hari-hari biasa tu Kak Mi rasa tu tak perlu.

“Pada saya, lebih baik saya mempertingkatkan amalan ibadah dan jariah yang lain dahulu sebelum mengambil keputusan sepenuhnya bertudung,” jelasnya lagi.

Raja Azmi berkata lebih baik orang ramai fokus pada isu wanita bertudung yang lain yang dikatakan banyak melakukan perbuatan maksiat.

“Sekarang ini pun wanita bertudung ramai juga yang melakukan zina dan maksiat. Di akhbar juga banyak wanita bertudung dilaporkan melakukan aktiviti tidak bermoral dan sebagainya. Paling teruk ada juga yang sanggup menipu pakej Umrah dengan hanya berpakaian seperti orang yang alim dan baik,” luahnya lagi. -- Astro Gempak

LINK

1 comment:

  1. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

    ReplyDelete

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive