UtusanDaily

Saturday, 19 April 2014

Bukan potong tangan semata-mata


Zaharuddin Abdul Rahman
Zaharuddin Abdul Rahman

SHAH ALAM - Pelaksanaan hukum hudud boleh mengurangkan statistik jenayah berdasarkan pengalaman di negara-negara yang melaksanakan undang-undang tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa dan Pendakwah Malaysia (Murshid) Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata melalui hudud, masyarakat akan disedarkan bahawa hukuman bukan sekadar memotong tangan, bahkan ada kebaikannya di sebaliknya.

"Hukum hudud bukan sahaja terhad kepada jenayah berat kerana ia turut melibatkan undang-undang rumah tangga, kewangan, kemasyarakatan.

Jika dilaksanakan ia menjadikan masyarakat berada di puncak kebaikan.

"Kekuatan Islam akan terungkai apabila melaksanakan hukumnya. Kesempurnaannya juga dapat ditonjolkan dengan teratur," katanya, semalam.

Katanya, stigma potong tangan tidak lagi menjadi ketakutan masyarakat apabila melaksanakan hudud kerana proses untuk menjatuhkan hukuman tidak semudah itu.

"Kalau penerangan jelas, orang akan ambil tahu. Tapi kalau ada juga yang melakukan jenayah, itu adalah orang yang paling jahat.

"Sekiranya seseorang didakwa melakukan jenayah tetapi tiada pembuktian yang kukuh, hukuman yang boleh dikenakan adalah hukuman takzir seperti hukuman yang mahkamah laksanakan sekarang.

Jadi tidak perlu potong tangan," katanya. Bagaimanapun, katanya pelaksanaan hukum hudud memerlukan kesepakatan dan kuasa dua pertiga Ahli Parlimen bagi meluluskan pelaksanaannya.

"Ahli Parlimen yang beragama Islam saya yakin lebih dua pertiga merentasi parti politik. Pelaksanaannya nanti akan memerlukan ilmu agama dari kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang," katanya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive