UtusanDaily

Tuesday 8 April 2014

Chegubard Dedah Teori Panas MH370 Kepada Media

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melahirkan rasa simpatinya dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang tidak diketahui nasibnya hingga kini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shahrin peristiwa kehilangan pesawat MH370 ini merupakan tragedi yang amat malang.

“Sejak awal lagi kehilangan penerbangan pesawat MH370 telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran dan pertahanan negara,” katanya dalam posting blognya yang terbaru

Tambah Badrul atau lebih mesra dengan panggilan Che’ Gubard, antara kelemahan yang dapat didedahkan adalah kejadian passport palsu dan sehingga kini persoalan itu terus menjadi persoalan misteri dan bagaimana secara mudah warga negara asing dapat memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu.

“Dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas polis dan DCA sendiri ‘bertengkar’ dalam media,” jelas pengasas SAMM ini.

“Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya dan rekod kemasukan wanita itu didapati hilang,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan bahawa kapal selam yang dibeli tidak berkemampuan.

“Apabila kes ini muncul beberapa negara telah menghantar kapal selam untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Saya dan juga beberapa pimpinan politik seperti Lim Kit Siang telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya dan menteri tersebut telah menjawab bahawa Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR.

“Operasi yang boleh dilakukan oleh kapal selam negara adalah kita adalah operasi mencari bukannya operasi mencari dan menyelamat,” ujarnya.

Tidak miliki sistem sonar

Dikatakan bahawa kapal selam negara kita, tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakkan bot nelayan laut dalam turut miliki sistem tersebut.

“Kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal adalah hanya untuk menghalalkan pembelian sumber pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sendiri.

“Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu,” ujarnya.

Selain itu juga, sistem radar yang dimiliki oleh sistem pertahanan negara juga begitu lemah kerana kebocoran sempadan darat, sempadan air dan sempadan udara juga turut bocor.

“MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak.

“Ini amat memalukan,” katanya yang kecewa.

Jelasnya lagi, lebih memburukkan keadaan adalah kenyataan menteri yang berbelit-belit dalam menerangkan kepada rakyat.

Bermula dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Razak seterusnya kenyataan sepupunya yang juga merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga tidak pernah konsisten dan terus menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia.

“Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.

“Kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa,” katanya.

Desak PM lebih tegas

Ekoran kejadian yang berlaku, pihak SAMM mendesak perdana menteri untuk menjadi lebih tegas.

“Rahsia mengenai wujudnya satu ‘kargo’ misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut telah terbuka, maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya. ~fmt

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive