Kelihatan
beberapa pelanggan tidak dapat berurusan dengan menggunakan mesin ATM
bank komersil di kawasan perniagaan Greentown Avenue memandangkan pintu
bank tersebut telah disimbah dengan cat merah di sini, hari ini. Dalam
kejadian 3.15 petang tadi, sebuah kereta berhenti di hadapan bank secara
tiba-tiba, dan dua lelaki dari kenderaan tersebut melempar dua tin cat
merah di hadapan bank itu. Selain cat merah, beberapa salinan kad
pengenalan seorang lelaki yang dipercayai individu mempunyai kaitan
dengan lelaki terbabit turut diletakkan di hadapan bank berkenaan. Pihak
bank telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. - Foto
Bernama
IPOH - 'Along' amat mahir dalam soal wang tetapi kurang cekap dan tepat
apabila menyimbah cat merah terhadap peminjam yang tidak membayar
hutang di sini, hari ini.
Dua lelaki dipercayai peminjam wang haram atau Along mahu menyimbah cat
merah ke premis sebuah syarikat di kawasan perniagaan di sini tetapi
cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah bank bersebelahan
dalam kejadian kira-kira 3.15 petang tadi.
Menurut seorang pengawal keselamatan, dia melihat sebuah Proton Wira
warna putih yang dinaiki tiga lelaki berada berhampiran bank sebelum dua
lelaki keluar lalu melempar dua tin cat ke arah pintu masuk bank.
Menurut seorang lagi pengawal keselamatan, lelaki terbabit sebenarnya
mahu melempar cat itu ke premis sebuah syarikat bersebelahan bank
tersebut tetapi malangnya terlempar ke pintu masuk bank.
Mereka turut melempar beberapa salinan kad pengenalan seorang lelaki yang dipercayai pemilik syarikat itu, katanya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata
kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. - Bernama
No comments:
Post a Comment