UtusanDaily

Saturday, 8 February 2014

Ada peminat kena berbogel sebab SEPAHTU menang..!!

 berbogel kerana kemenangan Sepahtu


Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Aku memang tak pernah ada Astro di rumah. 

Tapi kalau ada rancangan atau program tv yang seronok mesti aku nak tengok.

Yup! Berbekalkan broadband dan laptop aku cuma melihat semua itu di skrin dengan penuh kesabaran kerana almaklumlah duduk kampung guna broadband pulak tu kalau dapat tengok You Tube memang syukur teramatlahkan. Walau bagaimanapun, oleh kerana aku minat JDT padahal bukan orang Johor pun . Aku minat pasukan tersebut pun kerana adanya pemain bekas Selangor yang hebat macam Safiq Rahim, Safee Sali, Amri Yahya, Mahali Jasuli, Amirulhadi ... yang lain aku lupa kalau ada lagi hehe. 
Nasib baik ada TV Haram bagi aku tengok Astro Arena hahaha.
Tidak mengapa wahai Biskuat walaupun tumpas 3-2 kepada Fumakilla tapi aku tabik kepada semua pemain kerana telah menyajikan permainan yang baik. Cuma terkilan dengan penyokong ada pulak kes baling batu bagai. Abaikan. Yang penting bagi aku semua pemain Malaysia kena tunjukkan prestasi yang baik demi mutu permainan negara. Teringin juga tengok Malaysia masuk Piala Dunia seiring dengan liga kita yang semakin bertambah rancak dan baik.
Seterusnya, pada hari yang sama juga ada MLM!
Bukan produk MLM tu tapi final MAHARAJALAWAKMEGA2013!!!!!!! *stail Ac Mizal hahaha.
Mula-mula aku memang tak tahu mana nak dapat link untuk tengok tapi lepas cari punya cari punya tanya nah aku jumpa live streaming di Buasir Otak dan GuaTv.
Syoklah aku dapat tengok tapi lama-lama .........arghhhh......... internet selembap siput sedut.
Yup! Macam biasalah hari sabtu atau ahad atau hari mendatang bila internet pantas semula baru aku tengok.
Nasib baik ada Burung Biru yang menyampaikan pelbagai informasi.
Tahniah Sepahtu! 
Tak lupa juga walaupun aku belum tengok lagi saat aku menulis entri ini tapi aku tahu pastinya setiap peserta sudah melakukan yang terbaik. Yang penting memang aku tabik dengan Bocey sebab dapat MOM.
Daripada garismasa aka timeline twitter aku dapat pastikan bahawasanya memang ramai yang nak Bocey naik. Aku pun sama hahaha. Ada yang cerita ini konspirasi Astro bagai yang utama aku, kamu, kita enjoy siti nurenjoi hahaha.
Baiklah, panjang betul aku bebel. 
Pada suatu hari, adalah mamat bangang abadi ini :
biasalah memang ada orang macam inikan. Aku memang membakarlahkan.
Tiba saatnya, Sepahtu menang dan...
kau rasa apa?
Nah ini apa yang orang cakap bukan aku:
Hurmmm....
"Biar tak lawak asal jangan biadap", begitulah kata Jep Sepahtu.
Pendapat anda?

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive