UtusanDaily

Tuesday, 29 March 2016

Menteri terlalu banyak makan dedak ayam – Khairuddin

khairudin
PETALING JAYA : Menteri Kabinet Malaysia disamakan dengan ayam yang makan terlalu banyak dedak sehingga sukar untuk mengingati segala benda.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata, ayam yang terlebih makan dedak menyebabkan haiwan ternakan itu menjadi lali sehingga tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling.

“Mungkin juga menteri-menteri UMNO pun terlalu kenyang sehinggakan mereka tak tahu apa yang berlaku.
“Kalau semuanya mereka tak tahu; jadi persoalannya apa yang mereka tahu? Sehinggakan duit hilang dengan jumlah yang besar pun mereka kata tak tahu.

“Jadi adakah puak kaki bodek minda lemah otak udang ini semua kabinet kayu yang semuanya mereka tak tahu? Apa kerja mereka pada hakikatnya?,” katanya menerusi kenyataan.

Tanpa menyebut nama, kenyataan Khairuddin itu dipercayai ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Shabery Cheek yang sebelum ini menjawat Menteri Belia dan Sukan.

Kedua-dua menteri itu dilaporkan tidak tahu menahu kegiatan rasuah di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyebabkan kerajaan menanggung kerugian RM100 juta.

Seorang pegawai kanan KBS didakwa terlibat dalam kegiatan itu telah ditahan bersama beberapa lagi suspek bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiapkan siasatan lanjut sebelum pendakwaan. | MalaysiaKini

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive