UtusanDaily

Friday, 6 November 2015

Ampang Park tidak jadi diroboh

ampang-Park-MRT
KUALA LUMPUR: Kompleks beli-belah Ampang Park terselamat daripada dirobohkan apabila Mass Rapid Transit Corporation Sdn.Bhd., (MRT Corp) mengumumkan pilihan reka bentuk baharu untuk Stesen Ampang Park.

Menurut kenyataan MRT Corp, semakan reka bentuk baharu itu menyaksikan stesen MRT Ampang Park dialih sedikit daripada lokasi pusat beli-belah itu.

“Bagaimanapun, konsep stesen dengan membina integrasi fizikal sepenuh antara stesen MRT Ampang Park dan stesen LRT Ampang Park tidak dapat dibina,” katanya.

MRT telah mencadangkan kaedah alternatif untuk menghubungkan kedua-dua stesen berkenaan dengan membina sebuah penghubung pejalan kaki bawah tanah di bawah pusat beli-belah itu.

Ia antara beberapa ciri baharu dalam semakan semula pilihan reka bentuk oleh MRT bagi memulihara kompleks beli-belah pertama di Malaysia yang dibina pada 1973 daripada dirobohkan.

MRT Corp berkata, beberapa kawasan tempat letak kereta bawah tanah dan tingkat aras bawah di kompleks itu akan terjejas sementara bagi kerja-kerja pembinaan dan perniagaan yang beroperasi di kawasan terganggu perlu ditutup untuk tempoh pembinaan sehingga 36 bulan.

Pampasan yang sewajar akan dibayar, katanya.

MRT Corp turut menjelaskan dengan pilihan reka bentuk baharu, sebuah perjanjian bersama perlu dimeterai antara MRT Corp dan pemilik unit strata di kompleks berkenaan.

Ia berkata, perjanjian itu harus dimuktamadkan sebelum 31 Januari 2016 bagi membolehkan pilihan ini dapat dilaksanakan dan mengelak kompleks itu daripada dirobohkan.

Stesen MRT Ampang Park merupakan stesen penting untuk laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP Line) kerana ia merupakan satu-satunya stesen di mana pengguna boleh menukar laluan MRT kepada laluan LRT Kelana Jaya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive