MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
Gambar Hiasan
"JAUH perjalanan, luas pandangan” itulah perumpamaan
sesuai untuk menceritakan mengenai apa yang diperolehi oleh seseorang
apabila pergi ‘berjalan’ ke tempat orang.
Itulah yang penulis boleh gambarkan ketika berkunjungan ke Padang, Indonesia baru-baru ini.
Kepelbagaian budaya Minangkabau dan, seni binanya yang bercirikan tradisional benar-benar memukau mata.
Selain itu, cara hidup masyarakat Padang juga unik, selain menggemari
masakan pedas (kerana kebanyakan masakannya adalah berlada) mereka juga
mengamalkan minum air kosong selepas makan, (sedikit berbeza masyarakat
kita yang akan menikmati air ‘berperisa’ dan ‘berwarna’ selepas makan).
Adalah menjadi kewajipan mereka untuk minum air kosong sehinggakan
restoran yang penulis pergi ‘hanya menghidangkan air kosong’ kerana
rata-rata pengunjung yang datang ke restoran hanya meminta air kosong.
Maka tidak hairanlah kebanyakan masyarakat di sana bentuk badan mereka
adalah ‘slim’, kerana sepanjang pemerhatian penulis agak sukar untuk
menjumpai orang yang bersaiz besar. (mungkin salah satu faktor).
Selain ‘mengemari air kosong’ masyarakat Minangkabau juga adalah
‘berketurunan peniaga’, kerana kebanyakan masyarakat di sana mengamalkan
amalan berniaga turun temurun.
Kalau di Malaysia, majoriti peniaga adalah kaum Cina tetapi tidak di
Padang kerana hampir keseluruhan gedung-gedung perniagaan di sana adalah
milik Masyarakat Melayu Padang.
Daripada berniaga kecil sehinggalah besar, semua mereka usahakan maka
tidak menjadi sesuatu yang aneh apabila kebanyakan masyarakat di sana
terdiri daripada golongan yang kaya.
Lagi satu yang menarik di Padang adalah pegangan Islam masyarakat di
sana, melawat Padang seolah-olah melawat sebuah negeri Islam seperti
Aceh di mana aktiviti masjidnya sentiasa berjalan selain budaya Islam
yang benar-benar diresapi oleh masyarakatnya.
Boleh dikatakan bumi Padang dicambahi dengan ratusan masjid kerana
dalam beberapa kilimoter perjalanan di bandar tersebut kita akan temui
masjid-masjid besar yang tersergam indah sesuai dengan ‘slogan’ bandar
tersebut iaitu ‘Serambi Mekah’.
No comments:
Post a Comment