UtusanDaily

Wednesday 9 September 2015

Zahid Hamidi cabuli perlembagaan UMNO

Oleh Ma’nip

umno,-Red-Shirt-Rally,-Zahid-Hamidi
Pada jam 6.24 petang, 08.09.2015,telah dilaporkan melalui laman FMT dalam Bahasa Inggeris “UMNO Members free to join Red Shirt Rally, says DPM”. Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, telah dipetik di dalam artikel tersebut mengatakan, “the rally will be organised by an NGO and the NGO will invite UMNO”. Beliau juga dipetik mengatakan, “we will let the police give them a permit and conduct enforcement operations”. Beliau juga dilaporkan telah memberi pengesahan bahawa tidak akan ada mana-mana sekatan kepada mana-mana ahli UMNO yang berhasrat untuk mengambil bahagian di dalam Himpunan Baju Merah, yang juga dikenali sebagai “Himpunan Maruah Melayu” pada 16.09.2015 di Kuala Lumpur.

Fahaman umum bahawa tujuan utama yang mendorong penganjur “Himpunan Maruah Melayu” adalah di atas gesaan sesetengah pihak yang melihat dalam perspektif sempit bahawa Himpunan Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 & 30 Ogos 2015 tempoh hari kononnya merupakan agenda kaum Cina yang didokong oleh parti bukan Melayu. Malahan, petikan-petikan penganjur “Himpunan Maruah Melayu” dengan jelas menampilkan dasar perkauman untuk orang Melayu hadir beramai-ramai untuk membantah Bersih 4.0 kerana dikatakan mencabar maruah kaum Melayu. Ini adalah jelas dengan merujuk kepada komen-komen wakil penganjur iaitu Datuk Jamal Mohd Yunus dan Mohd Razlan Rafii seperti yang dipetik di dalam satu laporan lain, Malaysiakini jam 6.09 petang, juga hari ini dengan tajuk “Demo Baju Merah Terus, Tapi Siapa Penganjurnya”.

Persoalannya adalah, kenapakah penulis mengatakan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden UMNO telah mencabuli perlembagaan UMNO. Soalan ini terjawab dengan merujuk kepada Perlembagaan UMNO itu sendiri, di mana menurut Fasal 3, Asas dan Tujuan UMNO adalah :-

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Justeru, bukankah tanggungjawab kesemua ahli UMNO lebih-lebih lagi pemimpin UMNO untuk mendokong Asas dan Tujuan kewujudan UMNO yang dizahirkan di dalam Perlembagaan UMNO sendiri? Bukankah kenyataan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu menjemput Ahli-Ahli UMNO untuk melibatkan diri di dalam aktiviti yang bersifat perkauman dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO? Bagaimanakah kenyataan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu menegakkan Asas dan Tujuan UMNO untuk “melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia…”?

Maka, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersalah dalam mencabuli perlembagaan UMNO dengan jelas sekali.

Persoalan lanjut, yang juga sama penting, yang perlu dijawab oleh pucuk pimpinan UMNO yang akan menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada hari Rabu, 09.09.2015 ialah, “Adakah tindakan tatatertib dan seterusnya pemecatan keahlian Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta pengguguran Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Naib Presiden UMNO akan diusulkan, dibincangkan dan diundi ???” Bukankah tindakan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan itu lebih buruk keadaannya daripada sebab kenapa Mahsuri Langkawi dibunuh keahliannya ???

Bak kata pepatah Inggeris, “the ball is now in UMNO Majlis Tertinggi’s court !!!”

Ma’nip adalah pembaca FMT.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dari pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive