Saya mula mendapat feedback daripada ramai tentang kos sara hidup yang meningkat. Saya setuju dan saya juga tahu ramai orang yang tahu dia ada masalah kewangan tetapi ramai yang tidak tahu atau tidak mahu tahu bagaimana untuk perbaikinya. Sebab itu saya suruh berniaga dengan mempunyai ilmu.
Ini adalah 10 tip dari saya di dalam menjaga kewangan apatah lagi musim shopping Raya telah bermula di sesetengah kawasan:-
1. Kita ada duit, berjimatlah. Kita tidak ada duit, lagi kena berjimatlah.
2. Jangan main dengan hutang apatah lagi kad kredit hanya untuk beli kuih Raya?
3. Hidup bukan hanya untuk Hari Raya. Hari Raya tetap Raya InsyaAllah walaupun semua benda bukan baru.
4. Jangan hidup kerana nak menunjuk aku ada sofa baru, kereta baru atau bini baru.
5. Amalan berganda adalah untuk mereka yang menggandakan amalan di dalam bulan Ramadan dan bukan perbelanjaan berganda.
6. Tidak perlu membeli banyak-banyak di pasar Ramadan. Beberapa hari lepas, saya sempat singgah pasar Ramadan Taman Cempaka, Melaka bersama isteri saya. Saya jalan dari hujung ke hujung tetapi saya end up tidak beli apa-apa. Wife saya beli 2, 3 jenis kuih sikit-sikit untuk mak saya sebab mak saya suka nak rasa.
7. Kita tidak ada duit bukan kerana kita tidak ada duit tetapi ramai mereka tidak ada duit sebab tidak ada disiplin dalam simpanan dan perbelanjaan. Jika apa yang kita buat sekarang tidak mendatangkan hasil, mungkin telah tiba masanya kita buat perkara lain?
8. Langsir tak baru pun boleh Raya juga. Sports-rim lama pun boleh raya juga.
9. Pakai baju Raya tahun lepas pun masih sah solat Raya InsyaAllah.
10. Ini saat untuk berjimat cermat walaupun kita fikir kita ada banyak atau sikit duit. Jika anda mahu berbelanja, bagus belanja mereka yang susah. Beri makan walau sikit kepada orang yang berpuasa.
Fikirkan begini, adakah apa yang aku beli ini aset atau bukan?
Mak saya selalu berpesan kepada saya, bukan sebab kita ada duit then kita boleh membazir dan dia juga berpesan, sentiasa fikirkan mereka yang lebih susah dari kita dan bantu mereka.
Sebab itu saya suruh berniaga dengan mempunyai ilmu.
Saya share ini bukan saya baguslah sangat tetapi ia sebagai ingatan buat diri sendiri dan mereka yang suka diingatkan. Siapa tidak suka diingatkan then tak suka sudah, nama kau .........
Gurau jer! Gurau pun tak boleh?? Mende entah!
Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia
No comments:
Post a Comment