Ini
bukan kali pertama. Mekanik tiruan. Memang mereka berkumpulan dan
bertukar-tukar kawasan untuk mengenakan pengguna jalanraya. Yang aku
peliknya. Beribu laporan polis dibuat haram ada tindakan. Apa salahnya
polis ronda kat kawasan berkenaan setiap hari bagi memantau keadaan.
Memandangkan ramai orang awam yang telah menjadi mangsa keadaan.
Baca
dan tolong hafal muka penipu neh. Kalau boleh save dalam handphone.
Senang nak belek balik kalau terserempak dan boleh call polis laju2
terus dari handphone untuk tiba ke lokasi tempat kita kena tahan. Andai
kita la yang menjadi mangsanya ketika itu.
salam.
mintak tolong semua viralkan.
tarikh : 16 April 2015
masa : 10.00 am
lokasi : federal highway @ lebuhraya persekutuan (dlm gambar kat lepas exit axis tower sebelum masuk ke lrt asia jaya)
kronologi kejadian:
ayah
saya drive pergi kerja macam biasa, tiba2 mamat ni hon dari belakang
sambil tunjuk kat tayar. ayah saya ni berhenti tapi x keluar kereta.
mamat ni datang cakap dah ramai org hon kereta ayah saya dr tadi tp ayah
saya x berhenti. dia kata tayar berasap. dia suruh ayah saya pusing
stereng sambil dia buat sesuatu kat tayar. lepas buat camtu, ayah saya
keluar kereta, tengok minyak brek bocor. then ayah saya kata nak g kerja
dulu nanti baru baiki cos dah lambat. tp lepas start kereta balik, brek
xleh guna dah sedangkan sebelum tu okay lg brek. then mamat ni offer
kata nak tolong. dia kata 'nak tolong saja'. tanya charge berapa pun dia
cakap 'nak tolong saje'. then after dia buat something, konon2 tukar
parts, dia dtg bawak member india 3 org and resit. katanya 1420. ayah
saya terkejut n tanya mcm2 and ckp xde duit banyak tu. dia kata bagi je
berapa dulu. ayah saya bg 350 and mintak resit. mak saya nak amek gambar
untuk bukti bayar n nak resit untuk bukti, dia marah2. adik saya ambil
gambar pun dia marah2, dia rampas duit, dia xbagi resit dan dia hentak
kereta ayah saya dengan helmet. dia marah2 ugut2 siap cakap dia tahu
mana nak carik ayah saya lagi. dia terus ajak kawan2 dia blah dan ajak
mak ayah saya g balai polis. dia pecut dulu, konon2 nak g balai dulu.
sampai balai, bayang dia memang xde. polis ckp mmg xde dia datang.
parents saya buat report polis.
ayah
saya dah 60 years old, and adik saya yg pergi dgn mak tadi perempuan.
memang diorang x berani nak lawan sangat cos tgkla badan mamat tu aje.
then dia bawak kawan org laki lagi. apa-apa jadi mungkin lebih dari 350
hilang. memang Alhamdulillah, keluarga saya selamat. duit tu mungkin
bukan rezekikami. tapi tujuan saya nak hal ni diviralkan supaya org lain
xkena. mamat ni aim org2 tua, perempuan, n org2 yg lemah n macam baik2.
dia nampak ayah saya tua, berkopiah, berjanggut, n berseorangan kot dia
berani nak pijak.
hati2
semua. jangan stop kalau ade org2 buat camni. mamat ni dah byk kali
tipu orang sampai polis balai pj pon xperlu dah nak ambil gambar dia yg
adik saya capture. pls semua, sebarkan! thanks.
No comments:
Post a Comment