UtusanDaily

Thursday, 20 November 2014

4 Hotel Paling Unik Di Malaysia

Jangan ingat kat overseas saja ada hotel yang cantik dan unik.
Kat Malaysia pun ada yang sangat unik dan menarik.
Jom kita mulakan.

1. Bustel Klebang Melaka


hotel unik 1

Bas lama yang diubah suai menjadi hotel

Terdapat 40 bas yang ditukar menjadi chalet, restoran dan kedai cenderamata disediakan di sini.
Lokasi : 75250 Klebang Besar, Melaka, Malaysia

Anda boleh dapatkan info lanjut di FB page mereka : Bustel Melaka

Ini baru betul-betul tidur dalam bas. Jom tonton video bustel.



2. Capsule Container Hotel


Capsule-Hotel-KLIA2

Ingat kerja kat site dan jadi buruh kontrak je boleh tidur dalam kontena? Orang biasa pun ada peluang.

Hotel ini dibina hasil dari ubah suai kontena.

Menariknya hotel ini kerana ia menggunakan kontena lama yang di ubah suai dan reka bentuk hotel yang kelihatan urban dan chick!

Terdapat di 2 Lokasi : KLIA 2 dan di  No. 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur, Malaysia

Info lanjut dan tempahan : CapsuleContainer.com.

Jom lihat apa yang menarik di hotel ni.



3. Time Capsule Retreat


time capsule

Buat anda yang mahu lari dari hiruk pikuk dan bandar yang sibuk. Hotel ini sesuai untuk anda chill out.

Suasana hutan, sunyi, dingin. Idea pasti mencurah-curah bagi mereka yang suka menulis dan berkarya.

Lokasi : Sungai Lembing,Pahang, Pahang, Malaysia

Info dan tempahan : Time Capsule Retreat

Gambar di bawah adalah view di dalam hotel Time Capsul Retreat

time capsule 3

4. Tanah Aina Eco Tourism Resort


tanah-aina

Ingin percutian yang lebih eco-friendly?

Tanah Aina merupakan antara yang unik dan menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi diwaktu yang sama menyediakan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang.

Terdapat di 4 lokasi :
1. Tanah Aina Farrah Soraya in Bentong, Pahang, Malaysia.
2. Tanah Aina Farhana in Desaru, Johor, Malaysia
3. Tanah Aina Fareena in Lentang, Karak, Pahang, Malaysia
4. Tanah Aina Farouq in Raub, Pahang, Malaysia.

Info lanjut : TanahAina.com

Jom lihat apa yang mereka tawarkan di Tanah Aina ini.




Credit : Cosmopolitan

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive