UtusanDaily

Tuesday, 28 October 2014

Fazura artis pertama Malaysia ada program realiti sendiri

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura menjadi artis Malaysia pertama mempunyai program realiti sendiri yang akan disiarkan di saluran antarabangsa E!

Program dokudrama lima episod yang diberi judul Facing Up To Fazura berkenaan bakal mendedahkan kepada penonton kehidupan peribadi aktres berusia 31 tahun itu.

Mengulas lanjut perkara itu, Fazura berkata, walaupun dirinya bukanlah seorang yang terbuka dalam soal peribadi, namun dia ada alasan tersendiri apabila menerima tawaran terbabit.

"Menerusi program itu nanti saya mahu mereka yang tidak mengenali diri saya akan lebih kenal siapa Fazura sebenarnya. Semua yang dipaparkan dalam program ini adalah realiti dan bukannya rekaan.

"Sejujurnya saya sangat terharu dan teruja apabila saluran E! mahu mengabadikan kisah saya dalam program terbitan mereka," kata Fazura yang berada di Bangkok ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Menurut pelakon filem Kami Histeria dan Tembus ini, program itu juga menjadi program pertama dirinya memperkenalkan anggota keluarga kepada khalayak.

Facing Up To Fazura diterbitkan oleh penerbit sama bagi program realiti Filipina, It Takes Gutz to be Gutierezz, Karen Wiggins.

Program setengah jam itu bakal menemui penonton saluran berkenaan pada pertengahan Disember depan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive