UtusanDaily

Wednesday, 11 June 2014

Pelapik brek tiruan undang risiko

Kepentingan memilih pelapik brek tulen untuk keselamatan memandu. - Foto sumber internet
Kepentingan memilih pelapik brek tulen untuk keselamatan memandu. - Foto sumber internet

PADA masa kini, orang ramai lebih suka memakai kenderaan yang tampak lebih bergaya serta sporty. Mereka akan membeli alatan kereta seperti ekzos, lampu dan tayar.

Namun, awas! Kegiatan penjualan alat tiruan semakin berleluasa di dalam negara ini. Peralatan kereta seperti pelapik brek tidak terkecuali terlepas daripada sindiket untuk 'meniru' alatan ini.

Pelapik brek adalah peralatan yang sangat penting dalam komponen kereta. Sekiranya kualiti pelapik brek itu tidak elok, ia mungkin mencetuskan bahaya kepada pengguna kereta.

Oleh itu, kita perlu pastikan menggunakan pelapik brek yang asli serta berkualiti.

1. Apakah fungsi pelapik brek?
    Pelapik brek berfungsi untuk mencengkam cakera brek

2.  Apakah jenama pelapik brek yang popular?
    Jenama pelapik brek yang popular di pasaran ialah EBC, Wagner, Bandix dan pelbagai jenama lain

3. Berapakah harga pelapik brek?
    Harga pelapik brek bergantung kepada jenama serta saiz. Harga pelapik brek di pasaran Malaysia sekitar RM100 hingga RM400.

4. Di manakah lokasi sindiket ini akan melakukan operasi ini?
    Mereka akan menjadikan gudang atau kilang lama sebagai pusat untuk mereka melakukan operasi

5. Apakah modus operandi sindiket berkenaan?
    Mereka akan membuat pelapik brek tiruan di dalam kawasan operasi. Selepas siap, sindiket akan membungkus brek ini ke dalam kotak.

6. Di manakah pelapik brek tiruan ini akan dihantar?
    Pelapik akan dijual di pasaran tempatan. Tetapi, ada sesetengah pelapik brek ini akan dihantar ke luar negara seperti negara Asia Barat untuk pasaran di sana.

7.  Apakah keburukan menggunakan pelapik brek tiruan?
    Pelapik brek tiruan boleh merosakkan cakera brek dengan cepat. Ia sekali gus menyebabkan orang awam mengalami kerugian ratusan ringgit akibat kerosakan tersebut.

8. Sekiranya ditahan, apakah tindakan ke atas sindiket terbabit?
    Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM10,000 setiap barangan

9. Apakah nasihat kepada orang awam berkaitan penggunaan pelapik brek tiruan ini?
    Berhati-hati sebelum membeli pelapik brek. Pastikan pelapik brek adalah asli dan bukannya tiruan.


Laporan media

22 Mei 2014

SHAH ALAM- Taktik sebuah pengilang pelapik brek (brake pad) tiruan jenama negara Jepun kononnya untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.

Namun, operasi mereka apabila kilang dan pejabat mereka di  Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, serta di Sri Damansara diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya.

Operasi yang bermula jam 1 petang dan tamat kira-kira jam 7 malam berkenaan disertai oleh 17 pembantu penguat kuasa serta seorang pegawai penguat kuasa.

Pegawai Penguatkuasa Pasukan Petugas Petugas 2 KPDNKK Putrajaya, Normaswari Nordin berkata, operasi itu dilakukan berdasarkan aduan orang awam serta risikan pihaknya selama seminggu.

"Ketika membuat serbuan, terdapat 13 pekerja kilang itu warganegara Kemboja sedang melakukan kerja manakala pemilik kilang terbabit tiada di kilang" katanya ketika sidang media selepas operasi itu.

Menurut beliau, pihaknya berjaya merampas 9,270 unit pelapik brek, sebuah pencetak, 535 kotak kosong, 480 keping pelekat serta sekeping katalog yang dianggarkan bernilai RM120,000.

"Semua barang tiruan ini dijual untuk pasaran negara Asia Tengah kerana jenama ini tidak didapati di negara ini," katanya.

Menurut Normaswari, untuk 2014, ini kali pertama pihaknya membuat serbuan berkaitan penjualan pelapik brek tiruan dan pihaknya akan meneruskan operasi ini secara berterusan.

Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 kerana mengilang serta membekalkan barang tiruan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive