Setiap perkara yang kita buat sering kali mendapat tentangan dan
halangan. Biasanya akan ada mulut orang yang bercakap-cakap tentang
kita. Di saat kita hendak mengorak langkah, mereka akan berkata, "boleh ke kau buat?", "betul ke cara kau ni?", "berbaloi ke?" atau "tak payah la, komfem tak menjadi punya"
dan seumpamanya. Ini boleh kita kategorikan sebagai ayat orang malas.
Malas mencuba, malas kehadapan, malas berubah dan juga tidak berani.
Orang seperti ini harus kita berhati-hati kerana mereka sering mengambil
kesempatan selepas kita berjaya kelak.
Kemudian tatkala kita sudah mula mengorak langkah kita satu demi satu, timbul persoalan lagi daripada mereka... "Kau tak penat ke?", "Kau tak nak stop ke? Risau tak menjadi je... baik rugi sekarang dari rugi kemudian", "Tak payah buat lah, nanti menyusahkan family kau" atau "Buang masa la kau buat ni"
dan seumpamanya. Ini adalah kata-kata orang yang tidak mahu melihat
kita berjaya. Orang seperti ini harus dijauhi kerana mereka ada potensi
untuk menjatuhkan kita selepas mengecapi kejayaan kelak.
Setelah kita mengecapi kejayaan, maka pasti ramai pula yang akan datang
mengambil kesempatan. Ada 2 jenis orang yang suka mengambil kesempatan
ini.
Pertamanya, mereka yang suka mengambil kesempatan dengan cara menumpang
kesenangan dengan kejayaan yang kita kecapi. Orang seperti ini ada baik
dan buruknya pada kita. Baiknya adalah, kita boleh gunakan kepakaran
yang dia ada bagi meraih keuntungan disamping kita memberi dia ruang
untuk menumpang kejayaan yang kita kecapi. Sebagai contoh, kita sudah
ada satu platform yang kuat untuk mempromosikan sesuatu barang, maka
pasti akan ada orang yang berniaga produk seperti produk kesihatan, MLM
dan lain-lain yang datang kepada kita untuk 'meminjam' platform kita.
Kita beri sahaja pinjaman platform itu dan minta komisyen sebagai
pulangan daripada dia. Win-win Situation. Maka, disitu kita
untung, orang tersebut pun untung. Orang seperti ini harus didekati dan
jangan dijauhi kerana kita boleh pergunakan dia semula sekiranya dia
hendak mempergunakan kita.
Keduanya, mereka yang suka mengambil kesempatan dengan cara buruk
seperti memburukkan kita, memfitnah kita, menggunakan nama kita untuk
tujuan tidak baik, mengambil kesempatan dengan kesusahan kita, gembira
dengan kesusahan kita, membuka aib kita dan banyak lagi. Orang seperti
ini hanya mahu melihat kita jatuh terjunam dan merudum. Orang seperti
ini bukan mahu membantu kita walaupun disatu sudut lain, mereka
berpura-pura di depan kita seperti mahu membantu kita untuk lebih
berjaya. Orang seperti ini biasanya hanya mahu melihat kita susah dan
merana. Mereka akan gunakan kesempatan yang ada utk mempengaruhi semua
orang yang dekat dgn kita atau mengenali kita bagi memecahbelahkan
sesama kita. Orang seperti ini boleh dikategorikan sebagai orang yang
Dengki dan Khianat. Mereka WAJIB dijauhi dan JANGAN dijadikan kawan.
Selain daripada semua yang tersenarai di atas, ada dua lagi kelompok
orang yang sering hadir dalam hidup kita. Mereka ini adalah yang sering
membantu kita dan memberi semangat kepada kita.
Kelompok pertamanya adalah orang yang sudah tahu potensi kejayaan kita
daripada awal lagi. Mereka biasanya akan terus menyokong kita disamping
mendorong dan juga memberikan bantuan baik dari segi moral, dana
kewangan dan juga tenaga. Orang seperti ini biasanya ada dua niat.
Pertamanya, mereka hendak melihat kita maju seperti mana mereka telah
lama maju. Keduanya, mereka mahu melihat kita maju seperti mana mereka
telah lama maju tetapi dalam masa yang sama, mereka mahu meraih sedikit
keuntungan bersama dengan kita. Kedua-dua jenis ini tidak ada masalah
dalam apa jua perkara yang hendak kita jalankan dan harus didekati.
Namun, jenis yang kedua harus kita berhati-hati kerana ada potensi
mereka hendak menjadi golongan yang menjatuhkan kita satu masa nanti.
Kelompok keduanya pula adalah orang yang tidak berapa tahu potensi
kejayaan kita dan mereka tak tahu sangat apa yang kita buat. Namun, atas
dasar keakraban, mereka tetap menyokong kita, membantu kita setakat
yang mampu dan memberi dorongan moral kepada kita. Golongan seperti ini
biasanya datang dari kalangan ahli keluarga sendiri, ibu bapa, sanak
saudara, sahabat karib / member lama dan juga pasangan suami / isteri /
tunang. Mereka ini WAJIB sentiasa kita dedaki kerana merekalah tempat
kita meluahkan perasaan dikala kesusahan, merekalah tempat kita
berkongsi cerita dikala kegembiraan dan kedukaan, merekalah tempat kita
meminjam apa sahaja perkara dikala ada benda tidak cukup dan mereka
jugalah tempat kita bergembira bersama nanti. WAJIB bagi kita berkongsi
kesenangan, kejayaan dan juga membantu mereka jika ada antara mereka
yang susah. Namun begitu, ada kala orang-orang yang berada dalam
golongan ini punya hasad dengki dan iri hati terhadap kejayaan kita dan
hal ini yang harus kita berhati-hati.
Alhamdulillah, telah saya kongsikan serba sedikit berkenaan cara-cara
hendak mengenal kawan dalam mencari kejayaan dan kebahagiaan. Oleh itu,
anda sendirilah yang harus bijak berfikir dan mengorak langkah sendiri
di masa hadapan. Jangan sesekali takut untuk berubah dan mencuba sesuatu
yang baru. Jangan sesekali takut untuk menghadapi kerugian. Kerana,
setiap kejayaan yang besar telahpun diawali dengan kerugian yang besar
atas sebab-sebab kurangnya pengalaman. Tidak ada kejayaan besar yang
dibayar dengan harga yang murah!
Untuk itu, marilah sama-sama kita berubah satu langkah demi satu langkah
lebih kehadapan untuk mencipta lebih banyak kejayaan, insyaALLAH.
Buatlah sesuatu yang boleh menguntungkan semua pihak terutamanya agama
kita, bangsa kita dan negara tanah air tercinta kita. Buatlah apa sahaja
yang boleh keuntungan bagi seluruh masyarakat. Buatlah apa sahaja yang
boleh mengharumkan nama baik kita, agama dan juga negara kita.
Buatlah......... Jangan pernah putus asa! Apabila ada orang yang
memburukkan kita dan menghina serta membuka aib kita dikala kita telah
berjaya, ketahuilah sebenarnya kita telahpun berada selangkah dihadapan
meninggalkan mereka.
Selamat Maju Jaya saya ucapkan kepada anda semua yang bakal berjaya satu
masa nanti! Semoga, apa yang saya kongsikan di atas dapat menjadi
pedoman buat anda semua untuk mengecapi kejayaan masing-masing.
Amiin....
Sekian.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
No comments:
Post a Comment