Batu kimberlit (gambar kecil) yang kebiasaannya mengandungi
berlian ditemui pertama
kali di Antartika.
CANBERRA - Saintis diketuai penyelidik Universiti Kebangsaan Australia
mendakwa bahawa mereka telah menemui batu kimberlit dipercayai
mengandungi berlian di kawasan Gunung Meredith di Antartika Timur.
Bagaimanapun, ketua penyelidik, Greg Yaxley memberitahu mereka belum
menemui batu berharga tersebut yang dipercayai mungkin kelihatan seperti
berlian kristal di Afrika Selatan.
"Penemuan batu kimberlit itu diharap tidak akan menyebabkan kawasan itu
menjadi tumpuan ramai untuk menjalankan aktiviti perlombongan.
"Aktiviti melombong di kawasan Antartika adalah dilarang dan ia turut
dilindungi di bawah perjanjian kajian saintifik untuk hidupan liar
seperti penguin dan singa laut," katanya dipetik DailyMail
Difahamkan, kandungan Perjanjian Alam Sekitar 1991 melarang kegiatan
perlombongan di benua tersebut bagi tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun.
Selain batu berharga itu, kumpulan penyelidik sebelum ini pernah menemui emas, platinum, besi dan arang batu di Antartika.
Kegiatan melombong berlian di kawasan beriklim sejuk seperti utara
Kanada dan Siberia juga telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu.
No comments:
Post a Comment