PELAKON jelita, Nora Danish mengambil pendekatan
positif dan berdiam diri mengenai hala tuju hubungannya dengan anak
Menteri Pelancongan, Nedim Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu
memberikan apa-apa kenyataan berkenaan cinta. Sekiranya saya ditakdirkan
bertemu jodoh, saya hanya akan mengumumkan tarikh perkahwinan walau
dengan sesiapapun di masa depan," katanya seperti dipetik portal hiburan
tempatan.
Mengulas mengenai kualiti yang ada pada Nedim, jelas Nora, dia amat
menyukai personaliti ahli perniagaan itu yang mana cukup mengambil berat
tentang orang sekeliling berbeza dengan penampilan luarannya.
Sebelum ini timbul desas desus mengatakan hubungan baiknya dengan Nedim
telah mendapat tentangan daripada kedua-dua ibu-bapa Nedim.
Jelas Nora, 31, restu dari ibu-bapa amatlah penting dalam bercinta dan
sekiranya benar hubungan mereka mendapat tentangan, dia tidak akan
berani untuk meneruskan hubungan tersebut.
"Sekiranya percintaan saya mendapat tentangan dari orang tua tak kira
dari pihak sebelah mana, saya tidak akan berani meneruskan hubungan
tersebut.
"Saya faham, status saya sebagai seorang selebriti dan ibu tunggal
mungkin memberikan persepsi kurang baik buat sebahagian orang, dan itu
menjadi tanggungjawab saya untuk memperbetulkan tanggapan negatif
masyarakat. Saya percaya sekiranya benar ibu bapa Nedim tidak suka saya
berkawan dengannya, dia sendiri akan mengkhabarkan berita tersebut,"
ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dengan Filem seram terbaru
berjudul "Pengantin Malam" terbitan MIG yang sedang menanti tarikh
tayangan selain terbabit sebagai juri tetap program "Maharaja Lawak
Mega".
No comments:
Post a Comment