UtusanDaily

Saturday, 30 November 2013

Rugi RM500,000 akibat love scam

Wartawan Sinar Harian

SERDANG – Polis menahan lima lelaki warga Afrika di sebuah apartmen mewah di Bukit Serdang yang dipercayai terbabit sindiket penipuan internet dikenali love scam.

Penahanan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa mengalami kerugian hampir RM500,000 diperdaya seorang lelaki warga Afrika.

Bertindak atas laporan, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menyerbu sebuah rumah dan menahan suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, lokasi persembunyian suspek diperoleh hasil maklumat dan risikan dilakukan pihaknya.

Beliau berkata kelima-lima lelaki yang menghuni rumah itu ditahan untuk pemeriksaan.

Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengetahui sama suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana kes penipuan internet pernah dilaporkan sebelum ini.

“Pemeriksaan termasuk status pasport dan ujian air kencing turut dilaksanakan,” katanya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive