UtusanDaily

Saturday 5 October 2013

KL GANGSTER 2 : Syamsul kata kutipan hari pertama cecah RM1.2juta

KL Gangster 2 Ada Harapan Box Office?

http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.bharian.com.my/w1.bharian.com.my/bharian/articles/KLGangster2dipawagamLA/xpix_gal0.pagespeed.ic.SuWi9TTkrc.webp
Dengar khabar kutipan tayangan hari pertama filem KL Gansgter 2 Berjaya mengutip RM700,000 menurut laporan akhbar Sinar Harian.

Bagaimanapun, hari ini menurut blog gossip artis beautifulnara.com, pengarah filem itu Syamsul Yusof sendiri memaklumkan bahawa kutipan hari pertama mencecah RM1.2 juta. Mana satu yang sahih agaknya ya?

Biarpun berapa kutipan sebenarnya jumlah kedua-dua boleh kita lihat sebagai satu perkembangan positif bagi filem tersebut lebih-lebih lagi selepas filem itu ditimpa konflik akibat cetak rompak.

Beberapa bulan sebelum tayangan pembukaan filem itu di pawagam, terdapat salinan filem itu sudah pun tersebar di internet dan boleh dimuatturun di internet secara percuma dan meluas.

Kami memetik beberapa kata-kata bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam ketika muncul dalam rancangan 9 Soalan terbitan stesen TV9 baru-baru ini yang berharap Syamsul tidak merajuk lama dalam mengarah filem selepas konflik yang berlaku.

Menurut Yusof, Syamsul ialah seorang yang memberikan komitmen tinggi dalam kerja ketika sesi penggambaran jadi beliau tidak hairanlah Syamsul berasa kecewa dan bersedih di atas kejadian yang menimpa filem arahannya itu.

“Biasalah orang muda, Syamsul yang saya tahu dia biasanya memberikan fokus 300 peratus ketika mengarah filem. Filem KL Gangster 2 ini adalah salah satu karya yang paling dia fokus dan beliau sudah bertungkus-lumus selama dua tahun perkara begini terjadi.

“Saya fahamlah apabila dia kecewa sebegini, apapun saya harap Syamsul tidak berdiam diri lama daripada kes ini dan kita berharap gejala cetak rompak akan segera dibanteras kerana sekarang ini mereka sudah terlalu melampau,” kata Yusof dalam program itu.

Menurut ayahnya itu, Syamsul telah melakukan penggambaran filem itu dengan bajet yang melebihi daripada apa yang diperuntukan ayahnya yang juga penerbit kepada filem itu.

Pada awalnya Yusof berkata, filem itu diperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM3 juta untuk diterbitkan tetapi dek kerana idea Syamsul filem itu akhirnya menelan belanja RM4.5 juta untuk menghasilkan filem hebat seperti KL Gangster 2.

Kemungkinan besar, filem KL Gangster 2 bakal mengutip pulangan kutipan tiket box office memecahkan rekod kutipan tiket di pawagam dan Syamsul akan terus menghasilkan filem bermutu tinggi untuk tontonan penggemar filem tempatan.

1 comment:

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive