UtusanDaily

Sunday 6 October 2013

Lelaki masih nafi mereka berisiko hidap barah payudara


Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 6 Oktober – Kesedaran dalam kalangan kaum lelaki mengenai bahaya barah payudara masih lagi pada tahap yang rendah dan kumpulan berkenaan seolah-olah menafikan bahawa mereka juga berisiko untuk mengidap penyakit berkenaan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Barah Payudara (BCWA) Prof. Madya Dr. Zahara Aiyub berkata, setiap tahun seramai 5,000 orang berisiko menghidap barah payudara dengan 1 peratus daraipadanya adalah lelaki.

“Pada tahun 2008 keseluruhan yang mengidap penyakit ini adalah 32,000 orang dan dijangka akan meningkat sehingga 40,000 orang pada 2016. Ia sangat serius. Pusat Perubatan Universiti Malaya mengesan daripada 300 kes penyakit barahpayu 3 daripadanya adalah lelaki,” kata Dr. Zaharah.

Beliau ditemui pada majlis Kempen Kesedaran Barah Payudara yang dianjurkan bersama oleh BCWA, Harley Owners Group-Malaysian Chapter (HOG) dan Hap Seng Consolidated Berhad.

Kempen itu melibatkan kira-kira 100 buah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang berkonvoi daripada ibu negara menuju ke Seremban dengan mensasarkan kempen kepada kaum lelaki bahawa mereka juga berisiko mengidap kanser.

Dr. Zaharah yang juga mangsa yang selamat daripada barah payudara menegaskan risiko lelaki mengidap penyakit berkenaan lebih tinggi kerana kumpulan gender berkenaan tidak memeriksa payudara mereka.

“Apabila dia tampil ke hospital dia sudah pada tahap yang merbahaya dan sukar untuk survive. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.,” kata beliau.

Sementara itu, penganjur kempen Leo Melvin berkata, penunggang motosikal berkuasa tinggi digunakan agar mesej kempen kesedaran berkenaan sampai kepada kumpulan sasar.

“Ramai lelaki kita tahulah sebab macholah, malu, mereka tidak mahu mengakui bahawa mereka juga berisiko untuk menghidap barah payudara. Ia bunyi agak kelakar jadi kita mahu mengubah pandangan itu.

“Sebab itu dalam kempen ini kita bawa penunggang motosikal berkuasa tinggi yang ‘macho’ untuk memberi kesedaran bahawa mereka (lelaki yang macho) juga dalam kumpulan yang berisiko untuk mendapat barah payudara,” kata Leo.- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive