Artikel
kali ni pendek jer, sekadar melontarkan satu persoalan yang tetiba
muncul di fikiran sebaik saja baca kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin atau KJ yang meminta pengundi muda Sarawak tetap memilih BN
walaupun menyedari mereka marah kepada pemimpin2 BN.
Bukan
nak minta KJ jelaskan apa maksudnya yang orang Sarawak marah kepada
pemimpin BN, tapi nak tanya kenapa KJ senyap dalam isu 1MDB dan isu 2.6
bil 4.2 bil timbunan deposit dalam akaun Najib ?
Pac sudah pun bentangkan lapurannya di Parlimen ..... apa pandangan KJ tentang segala pendedahan yang dibuat mengenai 1MDB ?
Apakah
KJ juga turut mempertahankan segala salahlaku pengurusan 1MDB dan ikut
sama senada dengan pemimpin2 lain menyatakan bahawa Najib selaku PM,
Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat tidak perlu
bertanggungjawab atas 1MDB ?
Apakah
KJ juga setuju Najib selaku pemutus cara dalam segalanya tentang 1MDB
tidak semestinya bertanggungjawab atas tandatangannya dalam meluluskan
transasksi 1MDB ?
Bagaimana
dengan isu deposit yang beratus juta ringgit yang dikesan masuk ke
dalam akaun Najib yang mana merupakan isu berlainan dengan deposit yang
dikatakan derma 2.6 bil ? Adakah KJ setuju dengan pandangan AG bahawa
Najib tidak bersalah kerana tidak tahu siapa yang masukkan duit itu ?
Walaupun
tidak tahu siapa yang masukkan duit itu, Najib Rosmah tetap
membelanjakan duit2 itu sampai tak ingat dunia ..... apakah itu juga
tidak penting buat KJ ?
Amat
menghairankan, KJ selaku Ketua Pemuda Umno langsung tidak memperdulikan
semua isu2 itu yang ketika ini hangat dibincangkan oleh rakyat.
Pendek
kata - KJ tidak harus playsafe kerana rakyat ingin tahu pendirian KJ
seterusnya membuat penilaian ke atas pemimpin muda yang punya potensi
besar dalam Umno ini.
Kita
nak tahu juga tahap pemikiran pemimpin muda Umno ini, apakah sama
dengan cai2 Najib lainnya yang sudah atau bersuara mempertahankan Najib.
Diharap para wartawan dapat menanyakan perkara ini kepada KJ jika berpeluang bertemu beliau.
http://dinturtle.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment