KU LI BAKAL DILANTIK TPM KEDUA?
Selesai
Jumaat tadi, selepas menikmati sepinggan nasi beriani, saya terlelap
seketika dalam kereta. Walaupun tidur di siang hari, tapi saya tidak
bermimpi apa-apa.
Saya terjaga apabila
seseorang menelefon dan pantas memberitahu bahawa Tengku Razaleigh
Hamzah akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri
Kewangan tidak lama lagi.
Sebab apa?
Si pemanggil memberikan tiga sebab perlantikan itu dibuat oleh Najib Razak:-
- sebagai 'hadiah' kerana sudi menurunkan tandatangan sokongan melalui Deklarasi Kelantan.
- untuk mengukuhkan lagi kedudukan Najib bagi berhadapan dengan Tun Mahathir Mohamad.
- mengimbangi kedudukan Zahid Hamidi yang didakwanya sudah mula 'pasang angan-angan' untuk menjadi Perdana Menteri.
Tapi bukankah Tengku Razaleigh nak jadi Perdana Menteri, bukannya Timbalan Perdana Menteri?
Daripada tak jadi apa-apa, dapat jadi Timbalan Perdana Menteri pun kira okay juga, kata pemanggil tadi penuh yakin.
Hmmmmm....(SH 22/04/2016).
No comments:
Post a Comment