UtusanDaily

Thursday, 29 October 2015

Panas | Talian hayat politik BN kini ada pada SPRM..!!!


Pada hari ini, Malaysiakini telah melaporkan betapa Tony Pua (DAP) telah berkata bahawa peluang menggulingkan Perdana Menteri adalah terlalu tipis — sekurang-kurangnya bukan melalui undi tidak percaya ataupun melalui undi menentang bajet di Parlimen.

Pergerakan anti-Najib turut berpendapat dan telah menerima hakikat seandainya Najib mahu digulingkan, maka Umno dan Barisan Nasional terpaksa ditumpaskan sekaligus.

Ini bererti Umno dan Barisan Nasional mesti dikalahkan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Perkara ini memang hampir tidak munasabah sebelum ini. Malah, pihak pembangkang telah menyebut demikian. Begitu juga pendapat beberapa orang penganalis politik. Akan tetapi, mulai hari ini, senario itu sudah semakin menghampiri kenyataan dan menjadi semakin besar kemungkinannya. Ini adalah disebabkan berlakunya satu gerakan SPRM hari ini keatas syarikat di Damansara Perdana yang bernama Brandworth Corporation.

Brandworth Corporation merupakan sebuah syarikat yang menguruskan strategi media Barisan Nasional semasa pilihanraya umum yang lalu, dan dalam pilihanraya umum yang akan datang juga. Keseluruhan strategi pilihanraya, bajet, pembiayaan, dan apa juga maklumat rahsia mengenai pilihanraya umum yang lalu dan yang akan datang , kini sudah berada dalam tangan SPRM.

SPRM - Pakatan

Hanya sekitar dua bulan yang lalu pemimpin pembangkang telah membuat lawatan ke pejabat SPRM dalam satu pertunjukan ‘solidariti ’.SPRM yang satu ketika dahulu telah dikutuk kerana kisah kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed semasa dalam tahanan mereka, kini dianggap sebagai sekutu pembangkang ataupun sahabat kepada mereka yang menentang kerajaan. .

Betapa pantasnya pertukaran dari zero kepada hero kalau kepentingan dapat diselaraskan. Malah pertubuhan seperti SPRM yang pernah bergelar pembunuh boleh menjadi sahabat Rakyat kalaulah kedua pihak mengongsi matlamat yang sama.

Apapun, apabila strategi pilihanraya Umno dan Barisan Nasional sudah pun kini berada di tangan SPRM, hanya masa sahaja yang menentukan bila segala rahsia itu semua jatuh ke tangan pihak pembangkang. Itupun kalau ia belum terjadi lagi jika mengambil kira di Malaysia tidak ada yang dianggap rahsia

Pada 3hb Ogos 2015, SPRM telah mengumumkan bahawa RM2.6 billion yang didakwa telah dimasukkan dalam akaun peribadi bank Najib adalah satu sumbangan dan bukannya datang dari 1MDB. Tetapi pada 24hb Ogos 2015,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, salah seorang dari enam orang Tan Sri yang pernah disebut oleh Malaysia Today, telah berkata bahawa kes tersebut masih dalam siasatan dan failnya belum ditutup lagi. .

Dengan fail yang masih terbuka dan siasatan masih berjalan, SPRM mempunyai kebebasan untuk melakukan penggeledahan keatas mana-mana syarikat, pertubuhan, parti politik, dsbg., dan merampas apa sahaja dalam pejabat itu, tidak kira apakah dokumen dan fail tersebut ada katan dengan siasatan ataupun tidak. Sebarang tindakan SPRM tidak tertakluk kepada cengkaman perundangan ‘judicial review’. Dari sudut teknikal ini bererti SPRM boleh mengatasi undang-undang dan jauh dari bidangkuasa (jurisdiction) mahkamah..

Memang besar faedah kalau SPRM berada di sebelah 'kita'. Kalaulah anda mahu menggulingkan Perdana Menteri dengan mengalahkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang, maka SPRM merupakan satu-satunya wadah untuk berbuat demikian. Kini, apa sahaja yang pernah dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu dan perancangannya dalam pilihanraya umum yang akan datang bukanlah menjadi satu rahsia lagi. .

Saya fikir Umno dan Barisan Nasional kena berharap dan berdoa agar semua rahsia yang kini berada di tangan SPRM akan kekal kerahsiaannya dan tidak ada pegawai SPRM yang bersimpati kepada pembangkang. Kalaulah mereka buat keputusan menyerahkan segala rahsia itu kepada pembangkang, bererti Barisan Nasional akan menghadapai zaman sukar dalam pilihanraya umum nanti. Dan seandainya Barisan Nasional disapu bersih, bererti Perdana menteri pun disapu sama, akhirnya. Itulah yang pergerakan anti-Najib cuba lakukan..

Saya harus rakamkan bahawa inilah satu tindakan yang amat bijak, dan sesuatu yang saya sendiri tidak jangkakan. Akan tetapi inilah politik dan dalam politik segala-galanya dianggap saksama. Mungkin juga Pakatan Harapan memang memiliki harapan juga akhirnya, dengan kolaborasinya bersama SPRM.

Kalaulah Barisan Nasional digulingkan dan satu kerajaan baru ditubuhkan, maka Tan Sri Abu Kassim Mohamed harus diberikan satu jawatan kabinet. Apakah beliau salah seorang Tan Sri yang dijanjikan jawatan menteri seandainya Najib dapat digulingkan?

MACC DELIVERS A SUCKER PUNCH
October 28, 2015
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive