UtusanDaily

Sunday 2 August 2015

Apabila Muhyiddin kata Ahmad Maslan buat "Lawak Antarabangsa"

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan anggota kabinet Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.


Ahmad dilapor berkata tidak perlu menjawab berhubung peluang BN dalam pilihan raya kerana 'esok' tiada lagi pilihan raya.

Muhyiddin menyamakan kenyataan Ahmad itu dengan budak kecil yang tidak mahu apa-apa apabila dewasa atas alasan masih lagi kecil.

Kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan gelak ketawa oleh 400 perwakilan Umno bahagian Kluang yang mengadakan mesyuarat tahunan mereka.

Muhyiddin sebelum digugurkan sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, BN akan kalah. 

------------------------------------------------------------------

Kenyataan ‘esok’ Ahmad Maslan lawak antarabangsa, kata Muhyiddin

Kenyataan "esok bukan pilihan raya" oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan disifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "lawak antarabangsa" kerana katanya, ia tidak masuk akal.

Timbalan presiden Umno itu berkata, apabila menyatakan "Barisan Nasional (BN) akan tewas sekiranya pilihan raya umum (PRU) diadakan esok", beliau maksudkan parti itu mungkin akan mengalami kekalahan dalam PRU akan datang sekiranya tiada tindakan diambil terhadap isu berbangkit dan ia sebagai peringatan untuk Umno kekal berkuasa.

"Memang saya tahu esok tak pilihan raya.

"Seorang pemimpin Umno dari Johor yang ada jawatan dalam parti dan kerajaan berkata, kenapa nak kata BN akan kalah kerana esok bukan pilihan raya?

"Ini mungkin 'international joke' (lawak antarabangsa).

“Anggap seperti seorang ibu tanya anaknya, esok besar nak jadi apa? Si anak boleh jawab, esok saya masih kecil," katanya sambil disambut gelak ketawa dan tepukan gemuruh perwakilan yang memenuhi Kompleks Pekan Rabu di Kluang, hari ini.

Pada 26 Julai, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras, Muhyiddin berkata, BN akan kalah sekiranya Parlimen dibubarkan esok, bagi membawa maksud sekiranya PRU14 diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahmad, kemudiannya pada 30 Julai ketika ditanya pemberita berkata, beliau tidak perlu menjawab sama ada BN boleh menang PRU14 atau tidak jika ia diadakan esok, kerana katanya, ia hanya mungkin akan diadakan pada 2018.

Katanya, "esok" hanyalah persiapan untuk menghadapi PRU14, bukannya PRU itu sendiri.

"Memang pilihan raya adalah yang terpenting. Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya, boleh ke tidak BN menang, saya jawab esok tidak lagi pilihan raya, itu jawapan saya."

Muhyiddin hari ini berkata, selaku pengarah pilihan raya Umno, menjadi tanggungjawabnya untuk mengingatkan parti Melayu itu.

"Saya pengarah pilihan raya Umno, bila saya katakan itu, untuk mengingatkan, bukan kenyataan saya nak jatuhkan maruah parti.

"Saya nak ingatkan, kalau tak bangkit, kita akan menempuh tempoh masa agak sukar," katanya.

"Memang esok tiada pilihan raya". – 2 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kenyataan-esok-ahmad-maslan-lawak-antarabangsa-kata-muhyiddin#sthash.gAo68Z3C.dpuf

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive