- Gambar hiasan
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dilaporkan menumbuk
isterinya selepas berang wanita berkenaan asyik berkongsi selfie di
laman sosial, Rabu lepas.
Menurut laporan New York Daily, Julio Benitez juga dilaporkan dibawah
pengaruh dadah ketika menumbuk dan mencekik isterinya di rumah mereka di
Fresno.
Isteri suspek dilaporkan cedera di bahagian mata, tangan, kaki dan leher. Dia juga dilaporkan diugut bunuh oleh Benitez.
Menurut laporan media tempatan, mangsa dilaporkan melarikan diri
bersama dua orang anak berumur lima dan tujuh tahun dan melaporkan
kejadian tersebut kepada polis.
Suspek kemudian bertindak melarikan diri bersama-sama seorang lagi anak mereka yang berumur dua tahun.
Polis yang melancarkan operasi memburu kemudiannya berjaya menahan suspek.
Benitez didakwa atas tuduhan mendera dan mengugut.
No comments:
Post a Comment