Sembilan tahun bercinta cukup untuk pasangan pelakon Zamarul Hisham dan
Diana Rafar mengenali hati budi masing-masing. Keputusan untuk
mendirikan rumah tangga pada Mei 2009 menjadi kemuncak kepada hubungan
yang terjalin.
Pun begitu, lima tahun mendirikan rumah tangga, kebahagiaan yang
nikmati kian tercalar. Hanya kerana tidak sering bergambar bersama,
Zamarul dan Diana disangka sudah berpisah.
"Memang kami tidak suka berkongsi di dalam Instagram seperti orang
lain. Macam suami sendiri itu adalah prinsipnya yang tidak mahu
menunjuk kemesraan dan kebahagiaan di situ. Tapi untuk menjayakan sesi
fotografi tidak menjadi masalah sebab ia sebahagian daripada kerja,"
jelas Diana.
Kenyataan Diana turut dipersetujui oleh Zamarul yang menjelaskan
pendiriannya untuk tidak terlalu mendedahkan kisah rumah tangga mereka.
"Saya gelak bila ramai yang tanya kami bercerai. Saya tegaskan,
perkahwinan kami masih utuh. Ada masa saya perlukan privasi. Kehidupan
rumah tangga saya memang tak nak kongsi sangat. Saya cakap kepada
Diana, Instagram masing-masing. Sesekali nak bergambar bersama dan
tunjuk di Instagram tidak mengapa.
"Biarlah perkahwinan kedua ini menjadi perkahwinan terakhir saya. Di
usia 43 ini, saya takut nak bercerai dan melalui semua itu lagi. Sebab
itu saya selalu cakap, apa pun yang berlaku dalam rumah tangga, selagi
boleh dibaiki dan diselamatkan, kami akan cuba dan lakukan. Dalam masa
sama, sepanjang tempoh ini juga, ada ketika kami masih rasa seperti
bercinta," tambah Zamarul.
Kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut kisah rumah tangga
pasangan pelakon ini, jangan lupa dapatkan edisi terbaru Media Hiburan
bertarikh 6 hingga 12 Disember 2014 di pasaran sekarang!
No comments:
Post a Comment