UtusanDaily

Wednesday, 13 August 2014

Berselfie: boleh menyebabkan masalah mental?


KUALA LUMPUR: Budaya berselfie dalam kalangan wanita Malaysia semakin ketara. Terkini, budaya selfie dikaitkan pula dengan masalah mental dan kemungkinan kehilangan keyakinan diri.

Menurut pandangan Nura Muna Abd Halim, bekerja di sektor swasta, "selfie” adalah satu budaya menjengkelkan jika dibuat secara keterlaluan dan disiarkan di media sosial dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mana kala selfie secara sederhana sebenarnya seronok, jika berselfie bersama kawan-kawan."

Tetapi jika keterlaluan akan menimbulkan fitnah, dan memberi impak negatif kepada peribadi. Begitu juga pada pendapat Asmat Fikri, kolumnis sebuah majalah mengenai budaya berselfie, beliau berkata, "Budaya berselfie pada wanita tidak elok, sama sahaja ambil gambar sendiri atau orang lain ambil, kerana gambar itu boleh menimbulkan riak.”

"Apakah tujuan memuatkan naik gambar di media sosial? Jika untuk bangga dengan mempamerkan kecantikan diri dan menunjukkan aurat, tidak selari dengan kehendak agama.

“Tetapi jika gambar tersebut dirakam untuk untuk tujuan kenangan bersama keluarga, tidak ada masaalah.

Asmat bertegas dan mengatakan bahawa sekiranya tidak ada perasaan malu, buatlah sesuka hati untuk membuka aurat, kerana malu itu sebahagian daripada iman.

Setiap wanita itu mestilah memiliki perasaan malu, jika tidak ia akan mengurangkan nilai dalam diri seorang wanita tersebut.

"Terserah atas niat seseorang itu untuk memilih buruk atau baik dalam berselfie, kerana berselfie bukanlah salah, tetapi orang yang membuat itu yang menentukannya.

"Contohnya telefon. Telefon tidak salah. tetapi orang yang menggunakan itu, sama ada boleh mendatangkan maksiat atau ibadah dalam penggunaan urusan harian,” ujar Asmat lagi.

Ustazah Sharifah Habibah Syed Mustafa, pensyarah kolej swasta pula berpendapat bahawa wanita sekarang ini memang suka berselfie, tetapi ada baik dan buruknya.

"Pada pandangan saya, budaya ini banyak negatif berbanding positif, tetapi selfie itu kebiasaannya untuk menunjuk pada orang ramai dengan menyebarkannya di facebook, instagram dan whatsapp , jika untuk simpanan peribadi tidak menjadi masaalah.

"Keburukan berselfie ini bukan melibatkan semua situasi, tetapi jika yang menimbulkan kesan negatif,” ujar Sharifah.

Sharifah memberi contoh, tentang seseorang muslimah yang berselfie akan menampakkannya pada pandangan orang ramai sebagai gedik, tambahan lagi jika orang yang tidak menutup aurat.

Terdahulu, sebuah laman portal menyiarkan mengenai kajian pakar mengenai budaya berselfie, "Selfie yang popular dalam kalangan generasi muda dikatakan boleh menyebabkan ketagihan selain memberi impak negatif kepada individu tersebut.

Jabatan Kesihatan Mental Thailand memberi peringatan kepada generasi muda yang obses dengan trend popular ‘selfie’ bahawa ia boleh menyebabkan mereka hilang keyakinan selain menyebabkan ketagihan yang boleh membawa kepada impak negatif terhadap kehidupan dan pekerjaan mereka.

Budaya selfie ini semakin popular di kalangan pengguna internet, terutama remaja dan kumpulan pelajar, iaitu mereka memuat naik gambar-gambar mereka ke laman media sosial bagi mendapatkan perhatian, kata Timbalan Ketua Pengarah, Panpimol Wipulakorn dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Panpimol, sikap ini boleh menyebabkan masalah mental pada masa hadapan terutama sekali berkaitan keyakinan diri iaitu boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kehidupan seharian seseorang, karier dan juga pembangunan negara.

“Memberi terlalu banyak perhatian kepada selfie sendiri dengan terus memeriksa komen yang diberikan kepada mereka dengan harapan mendapat jumlah ‘like’ paling banyak merupakan satu petanda bahawa selfie boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah buat mereka, termasuk kemungkinan untuk hilang keyakinan,” tambah Dr Panpimol.

Thailand mempunyai kira-kira 19 juta pengguna Facebook dan 800,000 pengguna Instagram, menurut satu kajian oleh Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik (ETDA), sebuah organisasi awam.

Pakar kesihatan mental itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah, pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive