Michael Schumacher
GRENOBLE - PERANCIS. Keadaan lagenda Formula Satu (F1), Michael
Schumacher menunjukkan sedikit peningkatan selepas menjalani pembedahan
kedua akibat kemalangan ketika melakukan aktiviti ski di pergunungan
Alps Perancis, Ahad lalu.
Bagaimanapun, doktor mengesahkan beliau masih lagi dalam keadaan bahaya.
"Kami terkejut dengan peningkatan yang ditunjukkan," kata seorang doktor pada sidang media, semalam.
Pembedahan kedua dilakukan bagi mengelurkan darah beku di dalam otak,
namun keadaan juara dunia sebanyak tujuh kali itu masih kritikal dan
lemah, katanya. dipetik dari AFP.
No comments:
Post a Comment