UtusanDaily

Saturday, 7 September 2013

MAS dan AirAsia didenda RM10 juta


http://1.bp.blogspot.com/-nAWm439mEv4/ToRVbbtttTI/AAAAAAAAPjw/r2fgAClAhDY/s1600/airasia-mas%2B1.jpgSistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia masing-masing didenda RM10 juta berikutan perjanjian singkat yang memberi impak kepada perkhidmatan penerbangan tempatan menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Pengerusinya, Tan Sri Siti Norma Yaakob, berkata kedua-dua syarikat tersebut telah melanggar Seksyen 4(2)(b) Akta Persaingan 2010 dengan berpakat selama lapan bulan.

“Perkongsian pasaran merupakan pelanggaran serius di bawah akta berkenaan. Ia dilihat sebagai mencegah, menghalang atau memesongkan persaingan perkhidmatan pasaran barangan dan perkhidmatan.

“Apabila ada syarikat menyatakan kesediaan untuk berkongsi pasaran, mereka bersetuju untuk mengelak persaingan di mata pelanggan.

“Pemonopolian dibolehkan di Malaysia namun pelakuan tidak bersaing melanggar Akta Persaingan 2010,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Norma menjelaskan denda yang dikenakan berdasarkan perolehan di antara 1 Januari 2012 dan 30 April 2012 melibatkan penerbangan Kuala Kumpur-Kuching, Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Sandakan dan Kuala Lumpur-Sibu.

Beliau menjelaskan penalti kewangan yang dikenakan kurang 10% berbanding pulangan syarikat penerbangan dunia lain di antara Januari dan April 2012.

Katanya, dua syarikat penerbangan itu mempunyai 30 hari bagi memberi maklum balas keputusan MyCC.

“MyCC membuat kesimpulan mereka terlibat dalam pelanggaran Seksyen 4(2)(b), kami akan mengenakan penalti masing-masing RM10 juta kepada MAS dan AirAsia,” katanya.

Pada 9 Ogos 2011, MAS, AirAsia dan AirAsia X mengadakan Kerangka Kerjasama Komprehensif bagi meningkatkan kompetensi, memberi perkhidmatan lebih baik dan lebih nilai kepada pihak yang berkepentingan.

Perjanjian itu turut menyaksikan Khazanah Nasional Berhad dan Tune Air Sdn Bhd memasuki perkongsian silang saham di antara dua syarikat.

Tune Air Sdn Bhd memperoleh 20.5% dalam MAS dan Khazanah Nasional Berhad memperoleh 10% pegangan saham AirAsia di bawah perkongsian itu.

Turut dimeterai bahawa MAS menyediakan perkhidmatan penerbangan perdana, sementara AirAsia dan AirAsia X menjadi penerbangan tambang rendah serantau.

Namun, perjanjian pertukaran itu dibatalkan pada Mei 2012 berikutan perbezaan pendapat di antara pihak berkenaan serta aduan yang dikemukakan oleh MyCC bahawa perkongsian itu akan mencipta ruang monopoli destinasi domestik dan kenaikan harga penerbangan.

Menurut MyCC, satu jawatankuasa bagi siasatan anti persaingan dalam dan luar negara telah menerima 40 aduan sejak dikuatkuasakan pada Januari 2012. – 6 September, 2013.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive