Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM)
semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan
puluhan gambar gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula
dikesan sejak lebih sebulan lalu.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti
itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya
yang buruk dalam masyarakat di negara ini.
Menurutnya, MJMM juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang
terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau
diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.
“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan
aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat
laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.
Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial
berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.
Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam, tinjauan semula
mendapati pengendali akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup
akaun tersebut.
No comments:
Post a Comment