UtusanDaily

Tuesday, 25 August 2015

Saya berpegang teguh prinsip jangan mencuri duit orang- PM

Faiz Zainudin
| August 24, 2015

Beliau sedia memberi penerangan isu derma RM2.6 bilion kepada ahli UMNO dengan syarat ia dibuat secara tertutup,

najib,dana

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang teguh kepada prinsip ‘tidak mencuri duit orang’ dalam mencari dana untuk menggerakan parti.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, dana politik itu juga akan dipastikan tidak menyalahi undang-undang.

“Dalam usaha mendapatkan dana politik, saya berpegang teguh kepada beberapa prinsip penting iaitu jangan mencuri duit orang dan tidak menyalahi undang-undang,” tulisnya menerusi entri terbaru blognya najibrazak.com.

Najib berkata, beliau bersedia membuat penerangan kepada ahli UMNO secara terperinci berhubung derma RM2.6 billion yang diperolehinya dengan syarat ia dibuat secara tertutup.

Katanya, perbincangan secara terbuka mengenai dana itu akan merosakkan parti UMNO itu sendiri.

“Saya ada hak sebagai Presiden parti dan ketika saya menjadi Timbalan, saya tidak pernah menyoal Presiden parti mengenai dana yang diperoleh untuk UMNO.

“Saya dipilih oleh perwakilan melalui sistem yang paling demokratik dalam UMNO tanpa undi bonus atau kuota.

“Selagi ahli UMNO pilih dan mahu saya, saya tetap akan terus memimpin UMNO,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau akan berusaha untuk mencari dana parti bagi memastikan jentera parti dapat bergerak dengan baik.

“Saya telah lama dalam politik, lebih 40 tahun, dan saya akan terus mempertahankan maruah dan kepentingan UMNO.

“Tun Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri mengakui di dalam buku Transparency International, di mana dia sebut ‘every political party needs money’,” katanya.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive