UtusanDaily

Sunday 12 January 2014

PBB henti kira mangsa konflik di Syria

Geneva: Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan pengiraan mangsa konflik Syria, dengan mengesahkan bahawa ia tidak lagi boleh memastikan sumber maklumat yang membawa kepada kiraan mangsanya yang terakhir.

Pada lewat Julai 2013, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) berkata, terdapat lebih 100,000 mangsa perang Syria yang mana pejabat itu hanya mengira mangsa dengan nama, tempat dan tarikh lahir mereka dapat disahkan saja.

“Usaha mengumpulkan data mereka yang terkorban di Syria adalah tugas yang sukar,” kata jurucakap bagi UNHCR, Rupert Colville.

“Dengan keadaan lebih buruk di lapangan, ia menjadi lebih kompleks dan berbahaya selain ketiadaan akses dalam negara itu bagi mencari fakta di lapangan. Ia menyukarkan kami untuk mencari dan menganalisis data mangsa terbabit bagi mengemaskini rekod,” katanya.

Jumlah pelarian 2.3 juta

Pada November tahun lalu, kajian Kumpulan Penyelidik Oxford melaporkan lebih 11,000 kanak-kanak terkorban di Syria.

“Jika pada suatu hari nanti ketika kami merasakan boleh untuk kembali mendapatkan data lebih tepat sejajar dengan data sebenar tragedi ini, kami akan melakukannya, tetapi buat masa ini, data yang kami gunakan adalah lebih 100,000 mangsa,” kata Colville sambil menambah, “Ia adalah petunjuk meyakinkan bahawa ramai sudah kehilangan nyawa mereka.”
Syria terbabit dalam pergolakan yang berbahaya itu sejak 2011. Menurut laporan, kuasa Barat dan sekutu serantau mereka terutamanya Qatar, Arab Saudi dan Turki juga menyokong militan yang beroperasi di Syria.

Menurut UNHCR, jumlah pelarian Syria kini adalah lebih 2.3 juta. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive