Mulut Hantu baru-baru ini sempat bersembang dengan aktres’ A’ yang
selama ini bermasam muka dengan aktres’ B’ yang juga tidak kurang
cantiknya. Kisahnya, kedua-dua selebriti ini mula tidak bertegur sapa
kerana rebutkan lelaki yang sama. Hai dik, punyalah banyak ‘kumbang’,
mengapalah ‘u all’ saling terpaut hati dengan ‘kumbang’ yang seorang
ini?
Sedang asyik berborak mengenai kisah peribadi aktres ’B’ ini, aktres
‘A’ turut meluahkan rasa hatinya kepada Mulut Hantu. Katanya, dia sudah
penat bergaduh, apatah lagi untuk memberikan komen mengenai kes yang
membelenggu mereka berdua selama ini.
“Macam inilah, saya jenis yang okay sahaja. Kisah saya yang kononnya
masih cintakan kekasihnya itu tak betul. Masing-masing sudah bahagia.
Jadi berbaik adalah perkara yang seelok-eloknya. Kalau dia berdepan
dengan saya dan meminta maaf di atas apa yang berlaku selama ini,
insyaAllah saya akan memaafkannya. Dunia ni kecil sahaja. Jadi mahu
tidak mahu, kami pasti akan berjumpa juga,” kata aktres A panjang lebar.
Bagi Mulut Hantu buanglah yang keruh, ambil yang jernih. Tiada guna
bermasam muka, apatah lagi kerana seorang lelaki. Jadi eloklah kalau ‘u
all’ berdamai sahaja.
Mulut Hantu: Nanti bila dah berbaik, bolehlah Mulut Hantu setkan sesi fotografi berdua nanti!
No comments:
Post a Comment