CAK: Berkepit ke hulu-hilir
Ketika bercinta, serba-serbi nampak indah. Waima bau kentut pun wangi. Dek kerana itulah ramai ‘buta’ hingga ada ketika mengundang rasa rimas orang yang memandang.
Apa tidaknya, ke hulu hilir asyik berkepit macam suami isteri, walhal belum ada ikatan sah. Kalau dah berkepit, faham-faham sajalah, pasti menarik perhatian orang sekeliling, lebih-lebih lagi jika si pelaku itu orang dikenali seperti seorang penyanyi ini. Difahamkan, penyanyi yang pernah terpalit dengan kontroversi ini asyik usung awek barunya ke tempat kerja. Naik berbulu mata yang memandang sebab gadis itu mengekor ke mana saja penyanyi itu melangkah, kecuali di atas pentas. Di belakang pentas, dia tak reti duduk diam. Apabila penyanyi sediakan kerusi, buah hatinya tak mahu duduk. Pantang penyanyi itu bergerak sikit, dia pasti ikut. Mungkin dia rasa terasing di tempat itu dan tak mahu berjauhan walau seminit dengan kekasih hati atau dia memang jenis yang melekat. Kalau dah tak pandai bawa diri, buat apa ikut penyanyi itu ke tempat kerja, duduklah diam-diam di rumah, habis kerja boleh jumpa.
Seloroh teman yang meluat melihat kemesraan melampau pasangan ini, gadis itu dah macam lintah. Kot ia pun berjiwa romantik, agak-agaklah. Macam mereka saja yang bercinta di atas muka bumi ini. “Geli-geleman pula aku tengok asyik berkepit ke sana-sini. Orang lain pun ada awek juga tapi tak adalah selalu usung ke tempat kerja.
“Jangan jadi seperti sebelum ini sudah, punyalah penyanyi itu beriya-iya bercinta. Sanggup jadi ‘pak supir’ dan tukang hantar makanan sebab sayangkan sangat buah hatinya. Sudahnya, berpisah juga. “Berpada-pada kot ia pun sayang. Lainlah kalau sudah kahwin,” katanya. Sha harap penyanyi itu meneliti kembali perkara ini. Bukan tak boleh bawa kekasih ke tempat kerja, tapi pastikan ia sampai tidak mengganggu perhatiannya.
Kalau dah melekat, payahlah. Lagipun tak molek dipandang kerana mereka bukan ada ikatan sah. Silap hari bulan boleh mengundang salah tafsir dan tanggapan bukan-bukan.
No comments:
Post a Comment