Aspan Alias
Zahid ternampak bayang dan terus merasa takut. Sebenarnya bayang itu adalah bayang beliau sendiri. Yang sudah terbukti beliaulah yang tidak setia kepada partinya. Beliau yang menyatakan yang beliau akan menjadi timbalan kepada Muhyiddin jika Najib mampu diketepikan akhirnya beliau pula yang menjadi timbalan kepada Najib yang beliau sendiri tidak lagi merasakan keyakinan. Sekarang beliau sendiri sudah merasakan yang Najib tidak lagi boleh bertahan dan menuduh ada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.
Jika ada peluang beliau akan bersama Muhyiddin untuk kekal menjadi Timbalan kepada Muhyiddin kerana beliau telah merasakan yang umur dan usia politik Najib sudah hampir terkubur. Zahid nampaknya sudah mula melangkahkan silat pulutnya seperti yang beliau sudah lakukan semasa berpindah kesetiaan dari Anwar kepada Mahathir selepas beliau ditangkap ISA pada tahun 1998 dahulu.
Zahid sudah merasakan kepanasan oleh permainan beliau sendiri. Ternampak sahaja bayang beliau merasa panik sedangkan yang beliau takutkan itu adalah bayangan beliau sendiri. Yang lebih besar dosanya ialah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. Jika ada pun usaha untuk menumpaskan kepimpinan Najib ia bukannya usaha yang menusuk UMNO dari belakang. Ia mungkin usaha untuk memperbaiki kepimpinan UMNO dan caranya ialah dengan mengenepikan Najib dengan cara yang halal dan tidak terkeluar dari bidang undang-undang yang sah.
Sebaliknya Zahid mesti memahami seseorang pemimpin yang merosakkan kepimpinan UMNO itulah orang yang merosakkan UMNO. UMNO itu tidak bersalah jika kita lihat UMNO sudah ditinggalkan oleh ahli-ahlinya dan orang Melayu itu. Najib telah mencemarkan imej UMNO justeru UMNO itu sudah mula jelas dimusuhi oleh rakyat bukan kerana bencikan parti itu tetapi oleh kerana pemimpin-pemimpin yang tidak jujur menempel dan melekat ditubuh UMNO itu.
Menumpaskan Najib itu tidak semestinya tidak setia kepda UMNO, malahan menumpaskan Najib itu jika dilakukan oleh pemimpin UMNO itu adalah usaha yang sangat murni bagi pemimpin UMNO yang ingin menumpaskan kepimpinan UMNO itu. Najib yang disokong oleh Zahid itu merupakan penyumbang besar kepada keruntuhan UMNO di mata masyarakat. Parti itu sudah dipandang seperti sampah yang terapung dipermukaan air yang tidak mempunyai ‘direction’ perjuangannya lagi. UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing.
Jika UMNO dengan kepimpinannya sekarang mahukan ‘survival’ nya kekal maka rasuah adalah penyumbang besar untuk pengekalannya. Disebaliknya rasuah itu tidak akan membesar tanpa UMNO. Itu sebabnya UMNO dan rasuah itu saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. Rasuah dan UMNO itu saling sandar menyandar diantara satu dengan lain jika hendak diulas dalam kata-kata yang mudah.
Orang ramai tidak mendengar usaha seorang pemimpin dengan isu SD dan sebagainya untuk menumbangkan Najib seperti yang disebut oleh Zahid yang sentiasa takut dengan bayangan beliau itu. Tetapi jika pun ada usaha itu yang bermatlamatkan untuk mengekal kepimpinan UMNO yang luar dari pimpinan yang sibuk melakukan kedurjanaan kepada UMNO sekarang, maka ia amat patut disokong.
Jika ia dilakukan oleh pemimpin UMNO maka itu merupakan langkah yang amat baik kerana Najib tidak akan berhenti untuk menyelamatkan UMNO. Najib sanggup membawa UMNO itu jatuh, namun untuk beliau berhenti ia tidak akan berlaku. Najib dan Zahid tidak sayangkan UMNO. Bukannya mereka tidak tahu yang UMNO akan tersungkur jika mereka in terus memimpin parti itu sehingga pilihanraya yang akan datang, tetapi mereka ini masih bergayut kepada parti itu kerana kuasa dan rasuah yang tidak akan kekal itu.
Jika apa yang disyaki oleh Zahid itu benar-benar wujud, ayuh kita berikan sokongan setidak-tidaknya UMNO itu ada harapan untuk kekal selepas pilihanraya nanti dan menyelamatkan negara dari diruntuhkan oleh pepimpinan Najib hari ini.
Pendeknya secara peribadinya saya berdoa agar apa yang disyaki oleh Zahid itu adalah perkara yang benar dan sesungguhnya usaha pemimpin yang dimaksudkan beliau itu merupakan seorang pemimpin yang sedang memberikan sumbangan besar kepada UMNO itu sendiri.
Buat masa ini Zahid elok tumpukan masa untuk menyusun jawapan kepada keteriibatan adik-beradiknya dalam urusan membawa 1.5 juta rakyat Bangladesh dalam tempuh tiga tahun ini. Jika Zahid membolehkan adik beradiknya mendapatkan kontrak untuk urusan memindahkan jutaan rakyat Bangladesh kenegara ini, kita boleh menganggapkan itu merupakan tindakan yang bersifat menjahanamkan imej parti yang beliau pimpin kerana itu adalah tindakan salah guna kuasa yang terang-terangan merosakkan kerajaan dan UMNO itu sendiri.
Jika sebenarnya ada usaha dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN seperti yang Zahid tuduh itu mari kita berikan sokongan moral terhadap pemimpin itu. Jika berjaya pemimpin itu untuk menjatuhkan Najib, maka UMNO akan bertambah kuat selepas itu kerana yang melakukan usaha itu adalah pemimpin UMNO sendiri seperti yang dituduh Zahid itu.
Semoga UMNO itu selamat dengan adanya usaha itu jika benar apa yang dikatakan oleh Zahid itu. Ada pun peluang untuk UMNO itu selamat.
No comments:
Post a Comment