UtusanDaily

Tuesday, 4 August 2015

'Derma' Juga Adalah 'Suapan' Dalam Kamus SPRM - Netizen

Gambar viral di laman sosial
Susulan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan bahawa RM2.6 bilion adalah disumbangkan dari penderma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, netizen pula memuat naik istilah 'Suapan' berdasarkan kamus undang-undang SPRM.

'Suapan' ertinya -

(a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harga, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu...

Bagi netizen, pengertian suapan itu juga melabelkan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib juga adalah berunsurkan rasuah.

Menurut sumber, sumbangan yang dikatakan sebagai 'derma' itu juga tetap menyalahi dan melanggar the Foreign Exchange Notices Regulations (BNM) dan ia tetap menyalahi Anti Money Laundering Act (AMLA) kerana ia adalah dana parti yang tidak dilaporkan kepada Majlis Tertinggi dan tidak dinyatakan kepada Ahli UMNO dan tidak dinyatakan juga di dalam penyata kewangan yang diberikan kepada ROS bagi tahun kewangan 2013-2014.

"Kalau tidak kerana pendedahan Wall Street Journal (WSJ), maka seluruh MT dan ahli UMNO tidak tahu pun berkenaan dengan dana RM2.6 bilion dalam akaun presiden," kata sumber.
Sebelum itu juga, Datuk Seri Ahmad Maslan juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada wang berjumlah RM2.6 bilion masuk ke dalam akaun peribadi Najib yang kini bercanggahan dengan kenyataan SPRM.
Ekoran itu, isu RM2.6 bilion ini telah menjadi bahan jenaka dan sindiran di laman sosial yang mengajak netizen agar bersangka baik, di mana kemungkinan penderma itu tersalah mengirimkan wang kepada Najib. - THEHYPEMEDIA.COM

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive