ZAHID PERLU HENTIKAN GANGGUAN POLIS KEPADA SPRM, SIASAT BOCOR MAKLUMAT KEMUDIAN
Isu
derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib Razak bukan
lagi sekadar isu politik yang memanaskan topik perbualan dalam
masyarakat dan sama ada salah atau betul perbuatan itu, tetapi telah
menjadi perkara yang meruntuhkan sebahagian sistem dalam pentadbiran
negara.
Disebabkan
wang tersebut, SPRM dan PDRM saling berbalah dan seolah-olah sedang
bermusuh, manakala Jabatan Peguam Negara yang berhak terhadap sesuatu
pendakwaan pula semakin tidak diyakini oleh masyarakat berikutan Gani
Patail tiba-tiba disingkirkan daripada jawatannya.
Walaupun
SPRM sudah membersihkan nama Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion
yang diterimanya dengan mentaktifkannya sebagai derma, tetapi badan itu
masih lagi menyiasat berkaitan SRC Internanational Sdn Bhd yang turut
menyumbang sebahagian daripada jumlah tersebut.
Melalui
pendedahan The Wall Street Journal sebelum ini, SRC International Sdn
Bhd, sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan didakwa menyalurkan RM50
juta kepada sebuah syarikat subsidiarinya, Gandingan Mentari Sdn Bhd,
yang kemudian disumbangkan kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd dengan jumlah
yang sama.
Ihsan
Perdana yang merupakan syarikat berkaitan perlaksanaan tanggungjawab
sosial bagi 1MDB kemudian menyalurkan pula sebanyak RM42 juta ke dalam
akaun peribadi Najib. RM8 juta lagi dikekalkan dalam akaun syarikat itu.
Siasatan
terhadap SRC International dan kaitannya dengan Najib ialah berikutan
syarikat itu telah dibantu mendapatkan dana Kumpulan Wang Amanah Pencen
sebanyak RM4 bilion sebelum ini. Sumbangan RM50 juta kepada Ihsan
Perdana dan RM42 juta daripadanya dimasukkan ke akaun Najib didakwa
kerana bantuan pinjaman yang diperolehinya itu.
Ini
bermakna secara tidak langsung daripada RM2.6 bilion itu terdapat
sebahagian kecil wang berkaitan 1MDB iaitu RM42 juta manakala AS$681
juta lagi dimasukkan daripada luar negara melalui Falcon Private Bank.
Dalam
pasukan petugas khas yang ditubuhkan sebelum ini, SPRM bertanggungjawab
menyiasat unsur-unsur rasuah berkaitan SRC International ini, termasuk
juga sudah menahan reman CEO Ihsan Perdana, Dr Shamsul Anwar Sulaiman.
Walaupun
pasukan petugas khas sudah dibubarkan oleh Peguam Negara yang baru
Apandi Ali, tetapi SPRM tetap menyatakan tugas mereka menyiasat kes
berkaitan SRC International belum berakhir dan berazam untuk
menyelesaikannya dengan telus dan adil.
SPRM
juga berpegang kepada Seksyen 72 Akta SPRM 2009 yang memberikan
kekebalan undang-undang kepada pegawainya dalam menjalankan siasatan
berkaitan kesalahan di bawah akta tersebut memandangkan penyiasatan yang
dijalankan adalah dengan suci hati.
Bagaimanapun,
belum pun SPRM habis melaksanakan tugasnya itu, beberapa pegawai dan
kakitangan mereka telah ditahan oleh pihak polis atas dakwaan
membocorkan maklumat. Maklumat bocor yang sedang disiasat itu ialah
berkaitan perbankan dan deraf kertas pertuduhan terhadap Najib oleh
Sarawak Report baru-baru ini.
Tiadanya
siasatan berkaitan maklumat palsu memberi andaian kepada umum bahawa
segala pendedahan yang tersebar sebelum ini, termasuk deraf kertas
pertuduhan, adalah benar dan sahih.
Melalui
penahanan dan serbuan terhadap sembilan pegawai SPRM setakat ini, bukan
saja mereka disoal siasat, bahkan dokumen dan komputer riba turut
dirampas oleh polis. Rumah juga turut diserbu. Ini bukan saja
menimbulkan takrifan sebagai gangguan dan ancaman, bahkan seperti
menghalang SPRM daripada meneruskan tugas mereka.
Meskipun
Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mempertahankan tindakan mereka
dengan alasan untuk sama-sama mencari kebenatan, namun SPRM tetap rasa
terganggu.
Sebab
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mustafar Ali secara terbuka menyatakan
rasa kesalnya atas tindakan polis itu kerana ia menjejaskan penyiasatan
mereka.
Yalah...kalau
dokumen dan komputer sudah dirampas, tentunya siasatan jadi terbantut
dan tergendala. Keadilan juga sukar ditegakkan kerana bukti-bukti sudah
tiada lagi dalam tangan, kecuali jika SPRM ada menyimpan salinannya di
tempat lain yang lebih selamat.
Dalam
hal ini, tidak menghairankan apabila SPRM mendapat simpati masyarakat
yang melimpah. Selain dikunjungi pemimpin pembangkang untuk menyatakan
sokongan moral, luahan di internet menyokong SPRM agar meneruskan tugas
dengan telus dan adil juga datang bertalu-talu.
Betapa
SPRM seperti sudah hilang daya dalam melaksanakan tanggungjawab kerana
gangguan pihak polis ini sehingga terpaksa mengadakan solat hajat
memohon petunjuk dan kekuatan daripada Tuhan.
Pengarah
Operasi Khas SPRM, Bahri Mohamad Zain, dengan marah bersumpah untuk
mencari dalang yang mengarahkan penahanan pegawainya itu sehingga ke
lubang cacing selepas ini. Sambil menganggap tindakan polis sebagai
"kerja gila", beliau berkata, ia tidak mungkin berlaku tanpa arahan
seseorang.
Dengan
rosak dan runtuhnya sebahagian sistem bernegara melalu perbalahan
terbuka antara kedua agensi itu, semuanya kerana isu RM2.6 bilion,
langkah terbaik yang harus diambil ialah menghentikan segera tangkapan,
penahanan dan serbuan oleh polis terhadap SPRM.
SPRM
harus diberi ruang melakukan tugas penyiasatannya terhadap SRC
International terlebih dahulu sebelum tindakan lain mahu diambil
terhadap mereka. Jika ada kes, terserahlah kepada Peguam Negara
mengambil tindakan seterusnya, manakala jika tiada kes ia mesti
diumumkan sebab-sebabnya.
Selepas
habis tugas SPRM itu, barulah polis sepatutnya menjalankan tugasnya
mengenai kebocoran maklumat sama ada berkaitan deraf pertuduhan,
perbankan mahu pun melibatkan aktiviti mengganggu demokrasi berparlimen.
Ketika
itu bukan saja SPRM, malah Bank Negara dan Jabatan Peguam Negara juga
boleh disiasat. Tetapi apabila polis melakukan penahanan di ketika SPRM
sedang menjalankan tugasnya, ia tentulah dianggap mengganggu tugas
agensi pembanteras rasuah itu serta dilihat seolah-olah mahu melindungi
Perdana Menteri.
Lebih
buruk lagi ialah sebelum wujudnya gangguan terhadap SPRM ini, Gani
Patail telah pun disingkirkan beberapa jam sebelum Muhyiddin Yassin
dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri. Dengan ini, dalam pasukan
petugas khas yang dianggotai oleh empat agensi itu, hanya Bank Negara
saja belum dikacauganggu, meskipun semakin kuat desas-desus Zeti Akhtar
Aziz bakal ditukar sebagai Gabenor Bank Negara.
Demi
memulihkan imej negara dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap
kerajaan, Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan
Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap polis, haruslah
segera mengeluarkan arahan kepada PDRM agar menghentikan siasatan,
penahanan serta serbuan terhadap SPRM ini.
Sesuai
dengan kuasa dan peranan SPRM sebagai badan bebas setelah dinaiktaraf
daripada Badan Pencegah Rasuah, ia semestinya dibiarkan menjalankan
tugasnya tanpa sebarang gangguan. Kacauganggu oleh polis bukan saja
memburukkan imej pemimpin dan kerajaan, malah menyebabkan kebosanan di
kalangan rakyat.
Sebagai
Timbalan Perdana Menteri yang ada sedikit sebanyak asas agama dan
mungkin lebih takutkan Tuhan berbanding Najib, Zahid wajib membuktikan
dirinya tidak hilang jati diri meskipun setelah diberikan jawatan
tinggi.
Kegagalan
Zahid berbuat demikian akan menyebabkan beliau juga dilihat semacam
ingin melindungi dan mempertahankan sama Perdana Menteri yang semakin
dibenci dan dijauhi ketika ini. Kakitangan kerajaan yang ingin
melaksanakan tugas dengan jujur, adil dan amanah demi kepentingan negara
seharusnya dilindungi serta diberi galakan, bukannya ditekan dalam
menegakkan keadilan.
Malaysia
akan menuju kehancuran dan kemusnahan jika kerosakan sistem dalam
negara ini tidak segera dibendung sebagaimana runtuhnya banyak negara
sebelum ini dan Zahid yang menjaga polis akan sama-sama tenggelam jika
gagal berbuat apa-apa memulihkan kerosakan yang berpunca daripada Najib
ini. (07/08/2015)
Luahan hati SPRM terhadap gangguan polis kepada mereka...
Tindakan polis menyiasat mengenai kebocoran deraf kertas pertuduhan memberi gambaran ia adalah benar dan sahih...
No comments:
Post a Comment