UtusanDaily

Sunday 5 July 2015

Harga Barang Naik Sikit Pun Dah Bising, Dapat BR1M Tau pulak Senyap - Najib


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak "sedih" dengan orang ramai yang ‘bising’ apabila dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) namun ‘senyap’ selepas menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

“Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST dengan menambahkan BR1M umpamanya sebanyak RM300, malangnya bila dah dapat duit banyak yang senyap.

“Sebaliknya kalau barang naik sikit, timbul rungutan. Kita dah sedar ada sedikit sebanyak kenaikan harga tetapi ada timbal balasnya yang diberikan kerajaan melalui kenaikan BR1M, pengurangan cukai pendapatan satu hingga tiga peratus, pengurangan cukai korporat dan sebagainya,” katanya.

Najib berkata demikian dalam perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pagi ini.

Perhimpunan bulanan itu turut di hadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah; Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan kakitangan kementerian itu.

Najib turut mengakui menerima rungutan mengenai GST dari rakyat dan pantauan perlu diambil bagi menangani masalah itu.

“Untuk mengetahui rungutan mereka (rakyat) itu ada asas ataupun disebabkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan.

“Umpamanya kalau dulu sesuatu barangan itu dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tapi bila SST dimansuhkan diganti dengan GST sepatutnya mereka (penjual) kurangkan harga dan tambah enam peratus tetapi mereka telah kekalkan harga dan tambah enam peratus,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau meminta pihak berkuasa memantau kes seperti ini dan menghadapkan mereka yang bersalah ke muka pengadilan dengan kadar segera.


1 comment:

  1. Media yang mengambil pendekatan munafik akan disukai oleh golongan munafik dan musuh-musuh Islam jua..

    ReplyDelete

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive