UtusanDaily

Thursday 25 June 2015

Bangunan Tertinggi Di Dunia Ada Tiga Waktu Berbuka

BILA menjalani ibadah berpuasa pada bulan Ramadan, perkara yang paling menjadi perhatian pastinya bilakah masuknya waktu azan Maghrib.

Tidak kira muda dan tua, semuanya akan ternanti-nantikan waktu Maghrib kerana itu adalah tanda masuknya waktu berbuka puasa bagi semua muslim.

Namun tahukah anda muslim yang tinggal atau bekerja dalam sebuah bangunan di Dubai, melalui pengalaman luar biasa kerana mempunyai tiga waktu berbuka yang berbeza meskipun berada dalam satu bangunan!

Bangunan unik itu tidak lain dan tidak bukan adalah bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 829.8 meter.

14_hoyn_silikonpuppe
Hal ini disebabkan, matahari masih lagi kelihatan di tingkat atas walaupun ianya sudah terbenam sepenuhnya di kawasan lain.

Menurut penguatkuasa Islam Dubai,  tempoh berpuasa berakhir apabila seluruh matahari tidak lagi kelihatan di kaki langit.

“Oleh itu, mereka yang tinggal di tingkat atas belum boleh berbuka puasa seperti yang lain-lain di bandar kerana terdapat perbezaan masa selama dua minit,” kata Mufti Dubai Ahmed Abdul Aziz al-Haddad.


Seorang lagi tokoh agama Dubai, Mohammed Al-Qubaisi menyatakan mereka yang berada di atas tingkat 80 perlu berpuasa lebih dua minit manakala mereka di tingkat 150 dan ke atas perlu menunggu selama tiga minit sebelum boleh berbuka.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive