UtusanDaily

Friday 26 June 2015

Antara Rahsia kenapa Skuad B13 PPBN hebat didedahkan oleh salah seorang jurulatih mereka

Kaedah Kejurulatihan Skuad B-13 PPBN Tidak Pernah Dibuat Di Malaysia


KETUA Jurulatih Remaja Negeri Perak (KRN), Oam Sivalingam mengakui program Jelajah Eropah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PBBN) Bawah 13 Tahun (B-13) banyak membantu menambah pengetahuannya selaku pengendali skuad pembangunan remaja.

Jelas Oam, dia gembira kerana menjadi salah seorang jurulatih di bawah PPBN yang terpilih untuk menyertai jelajah itu.

"Mungkin rata-rata lebih menumpukan kepada peningkatan atau pretasi pemain, sebaliknya ia turut memberi pengajaran berguna kepada jurulatih yang terlibat.

"Sebagai jurulatih yang hampir 20 tahun terlibat dengan program pembangunan, sudah tentu ia satu pengalaman yang baharu.

"Setiap jurulatih yang pergi ke sana mengutip pengalaman yang berbeza dan mempunyai pandangan masing-masing, tetapi satu tujuan, iaitu ilmu tersebut dapat dikongsi bersama semua jurulatih program PPBN yang lain," jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Oam,40, berkata, salah satu perkara yang begitu menarik minatnya ialah aspek pengurusan yang terancang.

"Aspek pengurusan sebelum perlawanan atau analisis perlawanan sememangnya kita ada buat, tetapi bagi saya ia tidak seperti kelab-kelab akademi di Jerman.

"Apa yang saya perhatikan, mereka (jurulatih) memang menganalisis satu persatu situasi pemain dalam permainan seperti posisi pemain, pergerakan, larian dan sebagainya. Ia sangat terperinci. Cara seperti itulah yang saya akan ikut dalam program di peringkat negeri.

"Malah apa yang lihat juga, cara demikian adalah seperti yang diaplikasikan oleh jurulatih Lim Teong Kim kepada kami.

"Di sana juga, beliau berpesan kepada kami agar kutip apa sahaja pengalaman yang berguna, dan kongsi bersama jurulatih-jurulatih di PPBN.

"Secara tidak langsung, apa yang dilakukan oleh Teong Kim setakat ini memang berhasil," jelasnya.

Sementara itu, Oam turut berkongsi pengalamannya di Jerman, selain teruja sengan semangat bakat-bakat muda PPBN.

"Mereka melakukan apa yang diajar ketika berdepan dengan lawan. Malah kekuatan mental pemain-pemain harus dipuji.

"Dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan kelab di sana, mereka ketinggalan gol, namun pemain-pemain tidak pernah berputus asa.

"Pengajaran psikologi Teong Kim kepada pemain-pemain memang berkesan," tambahnya.

Program Jelajah Eropah oleh PPBN melibatkan tiga negara iaitu, Jerman, Sepanyol dan Portugal.

Pemain-pemain bukan sahaja terlibat dengan perlawanan persahabatan tetapi turut menyertai dua saingan Piala Iber Bawah 13 Tahun di Costa Del Sol dan Estoril.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive