UtusanDaily

Monday 13 April 2015

Aktiviti keluar makan luar mampu menyiksa poket anda di kala GST

Oleh Candy Jiang


Selepas hampir dua minggu GST terlaksana, ramai rakyat Malaysia kini telah menerima kehadiran cukai yang menjengkelkan itu.

Ada yang menyimpan perasaan jengkel tahap tertinggi mereka kepada kerajaan kerana melaksanakan cukai ke atas kita semua, namun ada juga yang memandang kepada perkara positif, dengan menyatakan beberapa perniagaan telah menyerap kesan GST.

Foto hidangan ringkas dengan nasi, ayam gorang, nuget kentang dan sayuran telah dikongsi seorang pengguna Facebook di laman komuniti tertutup Jerantut, sebagai contoh. Makanan dengan segelas air teh ais bernilai RM5, kata coretan tersebut.

Ia diterima baik sementara seorang pembahas berkata bukan mudah mencari juadah sebegitu di KL, kerana seketul ayam goreng mencecah harga RM5!

Komen itu tidak jauh tersasar, malangnya, kerana beberapa perniagaan menaikkan harga secara senyap-senyap di kala GST terlaksana. Pegawai penguatkuasa GST mungkin sedang menanti di dalam kereta Preve baru mereka, namun kumpulan pengguna dan pengamal media telah mengunjungi beberapa lokasi yang didakwa menaikkan harga barangan.

Peningkatan harga tidak hanya dilihat bagi produk malah beberapa penjaja oportunis telah menimba di air keruh dengan meningkatkan harga juadah yang disediakan. Seorang rakan berkata perniagaan makanan laut di kedai kopi di Petaling Jaya menaikkan harga pada kadar RM2 ke RM4.

Sushi King pula mengeluarkan menu yang dikemaskini - dan terhad - dengan pilihan harga merangkumi GST 6%. Restoran tersebut turut mengenakan cukai perkhidmatan 10%.

Berita gembira buat penggemar makanan laut di Kuala Selangor, bagaimanapun berkata makanan laut segar di sana tidak menyaksikan sebarang peningkatan. Mereka melaksanakan GST tetapi selain kadar 6%, cukai perkhidamatan tidak dikenakan.

Mungkin masih terlalu awal bagi mengetahui kesan GST ke atas kehidupan seharian kita semua, tetapi impresi awal memberi petunjuk bahawa amalan keluar makan akan menyebabkan poket kita tersiksa pada hari ini.

Ini berita yang mendukacitakan rakyat Malaysia yang gemarkan makanan.

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive