UtusanDaily

Wednesday 12 November 2014

Tidur lewat antara Idea paling bodoh


Antara idea paling bodoh di atas muka bumi ini ialah tidur lewat kononnya untuk membereskan kerja atau bagi membolehkan lebih banyak urusan dapat diselesaikan.

Apa tidaknya… dengan tidur lewat anda sebenarnya sedang menempa banyak penyakit. Dengan tidur lewat anda seolah-olah sedang ‘mendera diri’ anda sendiri. Badan fizikal dan mental anda tidak diizinkan mendapat kerehatan sewajarnya.

Dengan tidur lewat juga menyebabkan anda mungkin bangun lewat dan tertinggal sembahyang Subuh. Bangun lewat bermakna anda terlepas waktu berkat memulakan mencari rezeki pada awal pagi. Jika pun anda mampu bangun awal, badan fizikal dan mental anda sebenarnya sedang keletihan.tidur, mengantuk, kerja, solat malam

Badan yang letih akibat tidak cukup tidur menyebabkan anda tidak produktif serta ‘kering idea’ sepanjang hari serta tidak mampu berfikir dengan lancar, tenang serta cergas.

Lebih tidak bijak ialah apabila anda terpaksa tidur pada siang hari disebabkan keletihan dan tidak cukup tidur kerana tidur lewat pada sebelah malam atau awal pagi.

Dengan tidur lewat juga anda mungkin tidak mampu bangun pada dua pertiga malam untuk melakukan ibadat malam (qiamulail). Ini satu kerugian bagi mereka yang memahami hakikatnya.

Justeru, tidur awallah nescaya anda beroleh kejayaan dan kesihatan

No comments:

Post a Comment

IKLAN BERBAYAR 2

.

Blog Archive